Thursday, April 7, 2011

budak tadika pun tahu

PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.

Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.

Demang bukan nak mempertahankan kenyataan Nazri tetapi menganggap budak tadika lebih cerdik daripada seorang Menteri menunjukkan orang itu kurang cermat dalam berfikir. PAS patut fikir semula calon baru untuk jawatan ketua penerangan Perak!

Wan Azizah memang lebih kenal Anwar samada berpakaian atau tidak tetapi kelemahan Azizah ialah pendapatnya akan 'bias' berbanding pendapat pakar yang profesional. Itu sahaja.

Dakwaan bahawa Wan Azizah sentiasa bersama suaminya sepanjang masa juga satu kenyataan melulu sedangkan Anwar sering keluar tanpa Wan Azizah termasuk ke luar negara.

PAS sepatutnya bertanya kepada Wan Azizah bagaimana jam Omega suaminya boleh berada di tangan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.