Sunday, April 17, 2011

Kisah si lembam di Sarawak

Demang pernah bertugas di sebuah kampung terpencil di Pahang. Tak jauh dari tebing sungai Pahang.

Kampung tradisional yang mengalami kesan penghijrahan generasi muda itu bagaimanapun masih mampu mengekalkan sekolah rendahnya biarpun jumlah keseluruhan murid cuma 49 orang.

Enam tahun Demang mengajar di situ.

Oleh kerana tidak ramai, maka ada sebuah kelas tu cuma mempunyai 4 orang murid. Untunglah murid-murid itu kerana peluang untuk menduduki tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam peperiksaan amat cerah.

Namun oleh kerana terdapat seorang murid kelas itu yang lembam, maka setiap kali peperiksaan, murid malang itu-lah yang menempah secara tetap tempat ke-4.

Ada sekali tu, seorang murid tidak hadir dalam satu peperiksaan. Maka secara automatik si lembam itupun berjaya mendapat tempat ke-3. Keputusan itu disambut dengan begitu gembira oleh kedua ibu bapa dan saudara mara murid itu. Tidak cukup dengan kenduri maka sibuklah mereka menjaja dan mencanangkan kejayaan murid itu.

Maklumlah, anak mereka yang sebelum ini mendapat tempat ke-4 kini meningkat ke tempat ke-3.

Dengan keputusan itu mereka rasa yakin bahawa pada ujian seterusnya si lembam itu akan mendapat nombor dua atau satu pula.

Mereka lupa bahawa murid tadi tu cuma tidak hadir ke sekolah pada masa ujian itu dan bukannya berhenti terus atau berpindah sekolah.

Itulah yang berlaku pada PKR dalam pilihanraya Sarawak. Mereka mencanangkan peningkatan dalam keputusan padahal itu hanya kesan penolakan pengundi cina terhadap BN kerana agenda tersendiri, bukannya kerana mereka sukakan PKR pun.

1 comment:

  1. Salam Demang

    Bukankah mimpi itu adalah lebih indah dari realiti?

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.