Monday, April 11, 2011

PAS ingat orang Sarawak tak tau


Harakah melaporkan:

KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.

"Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan.

"Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.

Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain.

Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.





Itu kata Harakah. Nampak sangat Harakah berbohong. Maklumlah, berapa peratus orang Sarawak yang pernah ke Kelantan, Selangor, Kedah, dan Pulau Pinang? Jadi PAS anggap orang Sarawak tak tahu hal di Semenanjung.


PAS patut malu memasukkan nama Kelantan dalam contoh di atas meskipun hanya di perenggan-perenggan akhir berita itu. 


Orang Sarawak bukan bodoh. Setiap hari mereka membaca akhbar, menonton TV, mendengar radio, serta membuka web dan mereka tahu perkembangan di Semenanjung.


Mereka tahu siapa yang membuat pembangunan dan siapa yang tak habis-habis menyukarkan usaha kerajaan.


Kalau PAS berani, kenapa bersetuju dengan peruntukan kerusi yang meletakkan PAS sebagai parti 'paling koman' dalam pilihanraya negeri Sarawak.

2 comments:

  1. ingat orang sarawak buta,pekak mahupun buta huruf ke mahfuz nak kelentong macam itu..kelantan 20tahun tapi krisis air sampai sekarang rakyat dahaga air bersih,penang rakyat diabaikan serta dianaktirikan oleh DAPig,selangor penuh dengan rasuah pasir serta ekonmi umah urut,pusat pelacuran bertambah,kedah lagi la bermasalah dengan MB tak tahu..rakyat terabai serta tiada langsung membantu merancakkan ekonomi kedah...Rakyat sarawak jangan mudah tertipu dengan janji manis pemimpin Pakatan,jangan nanti menyesal sudah

    ReplyDelete
  2. Nampaknya Mahfuz masih tidak sedar bahawa PAS semakin tidak dapat sokongan rakyat. Semakin rapat PAS dengan DAP, perjuangan Islam telah ditinggalkan terus. Tiada lagi keluar dari mulut pemimpin PAS mengenai perjuangan menegakkan al-Quran dan Sunnah. Tiada lagi negara Islam dan jauhlah pula hukum hudud. Pemimpin pembangkang semuanya hanya tahu bercakap berdegar-degar, bila dapat memerintah, cepat-cepat mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan kroni kerana takut inilah kali terakhir mereka berkuasa di Selangor, Penang dan Kedah. Di Kelantan, rakyat memang telah biasa dengan kesusahan dan mereka sentiasa berusaha sendiri sejak dulu lagi, tanpa apa-apa usaha dari kerajaan PAS, yang hanya tahu berceramah, pungut derma sampai mesjid pun tak terbina. Nasib baiklah dalam Petronas ada ahli seumur hidup PAS yang membantu dapatkan 3 stesyen minyak untuk keluarga pemimpin tertinggi. Jangan mimpi pembangkang hendak menguasai Sarawak kerana rakyat Sarawak tahu, negeri yang diambil-alih pembangkang selepas PRU12, telah menjadi semakin mundur dengan sampah sarap berselerakan, jalanraya semakin teruk dan bekalan air semakin bermasalah. Janji pilihanraya hanyalah janji palsu yang tidak pun ditunaikan hingga sekarang. Ingat rakyat Sarawak !!! buat apa cari susah...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.