Setelah lebih sedekad kita kalut dengan pelbagai ragam keletah orang politik berikutan penyingkiran tokoh politik paling popular tika itu maka kini kemelut tersebut sudah berada di penghujung.
Mahu tidak mahu kita perlu menerima kenyataan ini biarpun pahit. rakyat sudah lama bosan dengan politiking yang tak habis-habis, yang tak sudah-sudah.
Hendak kita suruh pemimpin UMNO beralah, ia tidak mungkin berlaku. Tiga tahun lalu mungkin boleh. Yakni ketika UMNO dipandang seperti kucing kurap sehingga ketua cawanganpun malu mengaku ahli UMNO.
Namun tagihan simpati UMNO untuk bergabung dengan PAS ditolak tanpa kewajaran yang pasti. PAS bukan sahaja ghairah untuk memerintah bahkan bernafsu untuk melenyapkan terus UMNO dari peta politik tanahair.
Hari ini UMNO sudah kembali mantap manakala pihak pembangkang tambah serabut dengan perbagai isu lama dan baru.
Kenyataan yang perlu kita akui selepas musim suram UMNO ialah orang Melayu tidak bersedia menerima PAS sebagai rakit perjuangan. Hal ini dibuktikan dengan keputusan PRU 12 apabila PAS cuma mampu meraih 22+1 kerusi, itupun di kubu kuat mereka.
Padahal itulah masa paling sesuai untuk rakyat bertukar nakhoda dan bahtera.
Maka kita perlu membuat satu perubahan segera. Reformasi yang diilhamkan Anwar Ibrahim perlu dilaksana. Namun oleh kerana plan asal Anwar sudah gagal maka kita perlukan plan kedua.
Ya, dalam mana-mana strategi pun apabila plan pertama gagal maka plan kedua akan digunakan.
Maka oleh kerana Anwar gagal merealisasi plan pertama maka kita laksanakan plan kedua.
Perkara paling utama dalam plan kedua ialah Anwar Ibrahim perlu disingkirkan. Alasan paling kukuh ialah Anwar gagal mengekalkan pengaruh secara berterusan dan menyeluruh.
Lebih malang lagi peneraju reformasi tersebut tidak habis-habis berpalit dengan skandal yang memalukan seterusnya menambah rasa was-was dalam kalangan rakyat terhadap kepimpinannya.
Selain itu hubungan langsungnya dengan kuasa asing serta perjanjian rapuh dengann parrti-parti bertentangan ideologi menambah gusar rakyat jelata.
Pilihan yang ada sekarang ialah mengekalkan kerajaan yang ada tetapi mestilah dilakukan penyusunan semula. Setakat ini Najib bukan sahaja sudah menyatakan hasrat dan tekad ke arah itu malah dengan jelas melaksanakannya secara berperingkat tetapi agresif.
Kesimpulannya, reformasi yang dicetuskan Anwar pada 1999 perlu diteruskan tetapi menggunakan plan kedua.
Agak dukacita kerana dalam plan kedua nama Anwar Ibrahim terpaksa digugurkan.
Apa ertinya perjuangan tanpa pengorbanan? Anwar kena buktikan keikhlasan perjuangannya!
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.