Wednesday, April 6, 2011

Serang Waadat: Papa Gomo tak tahu menahu

Semalam Demang dihubungi beberapa blogger bagi mendapatkan penjelasan isu 'serangan Papa Gomo' ke atas Waadat.

Malah sebelum itu Papa Gomo sendiri menghubungi Demang bertanyakan hal yang sama.

Kenapa pula Papa Gomo pula yang bertanya? Ya, sebab komen berbentuk serangan itu sebenarnya bukan ditulis beliau sebaliknya oleh seorang penyamar.

Oleh itu Demang memohon maaf kepada Papa Gomo dan para pengunjung atas salah faham tersebut.

Namun kejadian tersebut memberi pengajaran agar Demang lebih berhati-hati. Dalam keadaan pergolakan politik begini macam-macam kaedah digunakan untuk membunuh lawan. Salah satu caranya ialah dengan melaga-lagakan pihak musuh agar bertelingkah sesama sendiri.

Begitu jugalah hal-nya dengan negara kita. Sebagai sebuah negara Islam (rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 3), memang banyak negara yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara musuh mereka. Sekurang-kurangnya sebagai pesaing yang perlu dikalahkan.

Pihak musuh akan melakukan apa sahaja asalkan kita hancur. Kaedah paling lazim dan mudah tetapi amat berkesan ialah dengan melaga-lagakan kita sesama kita.

Itulah sebabnya Demang sudah tuliskan ratusan kali (dalam Waadat) bahawa sebarang bentuk perpecahan perlu dihindar. Jika perpecahan itu bersumber pada seseorang maka orang itu wajib disingkirkan.

Demang percaya, majoriti kita sudah jelas tentang siapakah yang menjadi punca kemelut ini.

Ya, orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Pada 1999, Anwar Ibrahim telah diminta berundur sementara daripada politik berikutan laporan pihak polis dan dikuatkan dengan bahagian perisikan bahawa aduan yang diterima PM berkenaan salah lakunya mempunyai asas.

Malah pihak pembangkang iaitu PAS dan DAP telah menggunakan isu tersebut secara terbuka serta mencabar kerajaan agar tidak melindungi Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Saksi dan bukti yang dikemukakan memang sukar diketepikan.

Akhirnya, setelah nasihat agar berundur tidak dipatuhi maka pihak AMT terpaksa membuat keputusan agar Anwar Ibrahim dilucutkan daripada semua jawatan dalam kerajaan.

Namun Anwar tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Anwar bertindak keluar menemui rakyat dan memberitahu bahawa dia tidak bersalah sebaliknya difitnah.

Malangnya Anwar sehingga sekaarang gagal memberitahu rakyat samada melalui bukti atau saksi bahawa dia tidak bersalah. Anwar juga gagal dalam perbicaraan mahkamah bagi membuktikan dia tidak bersalah dalam kes salah laku seks.

Cuma Anwar yang diwakili barisan peguam terhebat bernasib baik apabila berlaku kesilapan teknik dalam pendakwaan.

Seterusnya Anwar juga sehingga saat ini gagal memenuhi permintaan rakyat agar bersumpah bahawa dia tidak terlibat dengan aktiviti yang didakwa.

Bagi Demang, jika pun anda tidak percaya dengan semua tuduhan yang diajukan pada Anwar yang anda sayangi itu namun hakikatnya Anwar adalah personaliti yang diselubungi pelbagai misteri dan keraguan yang tidak wajar menjadi pemimpin negara.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.