Artikal ini telah disiarkan dalam ruangan forum pembaca Utusan Malaysia 6/5/2011.
Jentera ceramah di masjid
SAYA insan kerdil, mungkin tidak layak untuk memberi komen terutama berhubung sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah baru-baru ini.
Tapi perkara ini telah menjadi buah mulut sehingga ke segenap pelosok negara. Dulu digemparkan sumpah oleh Mohd. Saiful Bukhary, maka macam-macam hukum, fatwa terkeluar dengan hujah berbagai-bagai sehingga fatwa dari Mesir.
Perkara ini jadi sekali lagi dan ilmuan agama termasuk ahli berkepentingan politik memberi berbagai alasan mengenai kesalahan sumpah Shazryl Eskay dari sudut Islam.
Maka hampir setiap malam pada ceramah-ceramah agama di masjid terutama masjid yang dikuasai parti pakatan pembangkang akan menghentam atau mencerca si pelaku sumpah laknat itu.
Bahkan lebih teruk apabila kerajaan dan Shazryl Eskay dikatakan cuba memfitnah, berkonspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Begitu juga ceramah-ceramah politik yang tidak habis-habis dikatakan fitnah atau cerca yang keterlaluan.
Yang menariknya, Pas ini lebih pandai membawa cerita dan fatwa berbanding PKR. Mereka sanggup menuduh yang Shazryl Eskay fasik, jahil dan lain-lain.
Tetapi cara tindakan Anwar yang sentiasa berdolak-dalih, membuat orang terfikir, kalau tidak bersalah buat apa gentar, sahut sahaja cabaran.
Berbalik isu qazaf, inilah perkara yang dipakai sangat oleh puak Anwar iaitu mencari empat orang saksi yang melihat kejadian dan syarat-syarat lain.
Bagi saya keadilan Islam sentiasa terpelihara dan Islam yang sejagat lagi kontemporari sesuai sepanjang masa. Apakah ijmak ulama dibolehkan dalam soal ini?
Kaedah terkini termasuk kandungan video bagi saya boleh dijadikan bahan bukti, seperti mana kes-kes sivil, rogol, liwat atau pencabulan berjaya dibuktikan.
Perkara ini kita akan sokong apabila terkena pada diri atau keluarga kita, hingga ke lubang cacing kita cari bahan bukti.
Jadi, kita sentiasa percaya pada kes sivil atau syariah, barisan hakim dan perundangan negara, semuanya berwibawa.
Kita tahu terlalu sukar untuk meyakini penyokong tegar ini untuk katakan tidak, tetapi percayalah rakyat kini sudah cerdik menilai.
Komen Demang:
Demang tertarik dengan ayat penulis di atas yang bermula dengan kata-kata: 'sebagai insan kerdil...'
Demang percaya frasa tersebut tidak digunakan sekadar basa-basi atau hanya untuk merendah diri. Oleh kerana Demang memang mengenali penulis tersebut maka Demang sarankan pihak berkenaan memberi perhatian terhadap tulisan beliau.
Hal ini kerana penulis tersebut sememangnya berada di tengah-tengah masyarakat (akar umbi) dan Demang percaya perkara yang beliau utarakan sememangnya perkara yang menjadi topik perbualan rakyat jelata.
Anwar sebenarnya sudah tidak mampu bertahan lagi melainkan beliau sanggup melakukan sumpah laknat disaksikan seluruh rakyat bagi menafikan semua tuduhan yang diajukan terhadapnya.
PAS, jika mahu terus berada dalam arus perdana politik negara sebaiknya tidak terus bersikap bodoh sombong. Rakyat akan lebih menghormati PAS jika PAS tidak terus-terusan mempertahankan sesuatu yang semakin reput dan sedang runtuh.
Sebagai seorang yang pernah menjadi ahli PAS, Demang katakan bahawa belum terlambat untuk PAS keluar daripada kekusutan ini dan kembali pada perjuangan asal PAS.
Hakikatnya PAS tidak pernah bersetuju untuk mengambil alih pemerintahan negara ini secara drastik. Lihat fakta perletakan calon dalam setiap PRU oleh PAS. Pernahkah PAS meletakkan lebih daripada 50% daripada kerusi yang dipertandingkan?
Amaran Eskay untuk mendedahkan rahsia Anwr yang lebih besar tidak harus dipandang ringan oleh PAS.
Malah, Demang sendiri menyimpan suatu rahsia keluarga Anwar yang sengaja tidak mahu dedahkan.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.