Bolehkah bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Ketika menelusuri beberapa blog tadi, terjumpa Demang dengan tajuk di atas.
Demang puji blogger tersebut yang mengemukakan petikan-petikan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menyokong hujah bahawa orang bukan Melayu tidak boleh menjadi PM.
Namun bagi Demang sebaliknya. Mengambil contoh Singapura, bagaimanakah bukan Melayu boleh menjadi ketua seterusnya menguasai politik di pulau itu?
Ya, ada banyak cara dan muslihat bagi menguasai sesuatu kawasan, pulau, hatta sebuah semenanjung sekalipun. Orang yang sering melihat permainan silap mata bukan bermakna tidak boleh ditipu lagi oleh pemain silap mata.
Justeru jangan terlalu yakin yang perlembagaan kita ini tidak boleh dimanipulasi kerana dalam politik memang ramai ahli silap mata profesional yang boleh melakukannya dengan cara-cara yang kita tidak terfikirkan.
Bloger tersebut juga mengambil contoh politik di Perak selepas PRU-12. Bagi Demang peristiwa di Perak adalah sesuatu yang boleh dianggap 'nasib baik' kerana sultan bertindak cepat.
Memang Nizar yang jadi MB tetapi dalam formula demokrasi, undian terbayak yang dikira apabila membuat sesuatu keputusan.
Cuba buka kembali fakta dan statistik pilihanraya lalu. Berapa orang YB PAS, berapa orang YB Melayu PKR dan berapa orang YB bukan Melayu ketika Nizar jadi MB?
Masih ingat, sudah lupa, atau memang tidak pasti?
Cuba ingat kembali apakah isu-isu yang timbul semasa Nizar menjadi MB Perak. Mungkin anda fikir itu semua permainan politik UMNO namun pernahkah Nizar menafikan isu pemberian tanah dan sebagainya itu?
Berbalik pada persoalan awal tadi, bolehkah orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Demang kata: pintu kemungkinan belum tertutup. Tambahan pula orang Melayu sudah ramai yang tidak peduli sangat tentang itu.
Alah... Singapura ‘kan maju?
Kalau PM org Melayu yg tak berjiwa Melayu nak buat apa!
ReplyDeleteKalau mantan PM Dollah berjiwa Melayu keadaan tidak akan jadi saperti sekarang.
PM sekarang pun macam tikus membaiki labu aje!
Nak suruh Nuar jadi PM? Jadi maharajalawak boleh le..
ReplyDelete