Tuesday, May 10, 2011

di sebalik kenaikan harga gula

Gula naik harga lagi. Gaji naik?

Ok, kita jangan kira soal gaji naik. Kita fokus pada gula naik. Berapa sen? 20 sen.

Berapa kg kita guna gula sebulan? 10 kg? Ok, katakan lah 10 kg. Ertinya perbelanjaan keluarga akan bertambah sebanyak RM2 sebulan!

Maka pembangkang pun mengamuk sakan dek kenaikan RM2 sebulan tu.

Kata PAS, kenaikan tidak terhenti pada gula sahaja. Ia akan melarat pada kuih muih dan minuman.

Demang nak tanya, jika gula naik 20 sen sekilo, berapa ringgit kenaikan seketul kuih atau secawan teh atau sebotol air minuman berperisa?

Nak salahkan kerajaan juga?

Jika pun penjaja menaikkan harga, berapa banyak kita berbelanja perkara-perkara tu? ke mana wang tersebut mengalir? Ke luar negara?

Demang jawab; wang itu akan berligar dalam kalangan kita juga. Masuk ke 'bekas duit' makcik penjaja kuih muih atau pergi ke laci warung kopi. Beli pizza RM30 sekeping tak pulak merungut.

Kalaupun berbelanja di market besar, ia akan mengalir ke poket para pekerja yang terdiri daripada orang kita juga.

Kalau kita selalu sesak duit sebab selalu bertukar gadget komunikasi dan aksesori kereta, nak salahkan kerajaan juga?

Sebenarnya plan pengurangan subsidi gula, petrol dan sebagainya itu bukan idea Najib, Rosmah, UMNO, atau BN. Ia adalah cadangan pakar perancang ekonomi negara kita untuk kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Kalau PAS yang berkuasa sekalipun, mereka perlu ikut cadangan tersebut melainkan pemimpin PAS memang degil dan tak boleh dengar pandangan pakar.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.