Peribahasa menyatakan 'jong pecah yu kenyang". Tapi, bagaimana jika dalam jong itu cuma ada barang-barang plastik dan kaca sahaja? Bagamana pula jika jong tersebut membawa bahan beracun atau bahan letupan?
Kenyang jugakah sang yu?
Begitulah keadaannya PAS sekarang. Disangka hujan hingga ke petang rupanya ribut taufan di tengah hari. Perpecahan UMNO akibat penyingkiran Anwar Ibrahim 12 tahun lalu disangka menguntungkan PAS, tapi kini...
Namun ada juga yang masih cuba bertahan. Antaranya Husam Musa. Oleh kerana Dato Eskay sudah bersumpah, maka Husam mengesyorkan pula agar dilakukan ujian poligrafi.
Baca betul-betul. Demang tulis ujian poligrafi, bukan ujian pornografi. Ia adalah ujian klasik menggunakan sejenis alat yang berupaya mengesan penipuan.
Sebenarnya penggunaan alat tersebut pun bukanlah tepat sangat. Jika demikian, mudahlah kerja polis dan pihak mahkamah. Tangkap sahaja seberapa ramai yang disyaki dan jalankan ujian poligraf.
Namun rupa-rupanya cabaran Husam itu disambut positif oleh Eskay. Ini menambah lagi keyakinan Demang bahawa Eskay bercakap benar.
Kita tunggu apa reaksi PAS selepas ini?
Sumber:
http://www.papagomo.com/2011/05/berani-kah-hussam-musa-cabar-nik-aziz.html
panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/
ReplyDeleteSepatutnya Anwar Ibrahimlah yang menjalani ujian ini..betul atau tidak DIA yang dalam video itu atau pun HANTU RAYA dia...
ReplyDeleteIni orang lain yang dah bersumpah dengan nama Allah pula yang kena jalani ujian bohong atau tidak. Patutlah PAS semakin teruk..orang macam Husam ni berlambak. Ketua Pengelapan PAS pun tuduh UMNO terdesak nak ajak berdamai..sebenarnya PAS lah terdesak sanggup bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan DAP semata mata kerana Undi.
Tak sangka mereka kata mereka perjuangkan Islam tapi sanggup berbohong dan hidup dalan Penafian semata-mata kerana Anwar Ibrahim. Untunglah Anwar, dia yang syok orang lain yang kena tuduh dan hentam. Terhutang budilah Anwar pada PAS, tentu cek besar menunggu PAS.