Saturday, May 7, 2011

gerakan anti fitnah lupa hj hadi

Ada satu kumpulan ekstrim bernama Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) telah menuntut pelbagai pihak melaksanakan 10 perkara sempena perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat yang diadakan di Dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.

Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya memberikan tempoh sebulan kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan terhadap tuntutan-tuntutan itu dan sekiranya tidak, perhimpunan kemarahan mereka akan dilanjutkan dengan perhimpunan lebih besar dari yang diadakan hari ini.   

Antara tuntutan kumpulan berfahaman kiri itu ialah agar hukum mengaibkan orang lain diwartakan dan dilaksana.

Nampaknya kumpulan tu memang lembab walau nampak agresif. Padahal Presiden PAS tuan guru Hj Hadi sudah mengeluarkan fatwa bahawa 'menyebarkan perkara aib berkenaan pemimpin atau bakal pemimpin dibenarkan sebab orang ramai perlu tahu latar belakang pemimpin mereka.'

Atau, mungkin juga kumpulan tersebut sengaja nak sabotaj Anwar?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.