Wednesday, May 11, 2011

isu kristian bukan baru

Kite bako je...

Kalau ikutkan Demang, tangkap sahaja mana-mana pihak yang menimbulkan sentimen perkauman dan meniupkan bara dalam isu agama.

Tapi, cakap memang senang. Nak 'bako' pun bukan boleh ikut sedap je. Apa lagi kalau nak 'menenggek'. Silap haribulan, ada kamera sedang merakam. Maklumlah, orang popular! Bakal PM le, katakan.

Dalam isu mengkristiankan rakyat Malaysia, ia bukan perkara baru. Masa Demang bersekolah dulupun perkara ni dah jadi rahsia umum. Jadi tak perlulah kita bising-bising tak tentu pasal.

Sebenarnya banyak cara kita boleh main peranan jika benar-benar sayangkan saudara seagama kita. Menyerang penganut agama lain bukan cara yang bijak. Begitu juga dengan menuduh pihak itu dan pihak ini.

Salah satu caranya ialah menyertai jemaah tabligh.

Malangnya kita lebih suka mencari kelemahan beberapa orang tabligh dan hebohkan ke sana sini. Sumbangan kita?

Suatu ketika dulu ramai orang cina suka berkahwin dengan orang Islam dan masuk Islam. Ramai juga keluarga cina yang menyerahkan bayi mereka untuk jadi anak angkat keluarga Islam.

Kenapa mereka percayakan anak mereka pada orang Melayu padahal orang Melayu sekitar 60-80an bukannya kaya.

Ya, dulu nilai murni lebih tebal dalam masyarakat Melayu berbanding cina.

Sekarang? Orang Melayu bukanlah teruk sangat tetapi kita kena fikirkan lagi bagaimana untuk menonjolkan keistimewaan orang Melayu sebagai penganut Islam.

Kalau asyik membangkang sahaja, tak kemana la.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.