Sunday, May 1, 2011

pendapat mufti perlis sumpah laknat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata ‘Wallahi tuduhan itu palsu’.
Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan.

“Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Demang faham maksud mufti tu iaitu orang yang dituduh lah yang patut bersumpah. Jika demikian, Anwar Ibrahim lah yang patut melakukannya.

Tapi kita perlu ingat bahawa apabila isu ini keluar, Dato Eskay telah dituduh menipu dan memfitnah.

Bagi Demang, Dato Eskay juga wajar bersumpah bagi menafikan beliau sengaja memfitnah Anwar.

Nak harap Anwar bersumpah? Jangan mimpi lah. Dah banyak kali disuruh dan dicabar.

Lagipun, dalam perkara bersumpah, pihak yang enggan bersumpah secara automatik dianggap bersalah.

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anwarpatutsumpahnafituduhan/Article

1 comment:

  1. Setuju amat dengan pandang Demang.

    Dan Dato Eskay telah sempurnakan tanggungjawabnya.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.