Cadangan bernas PAS
Agak lama juga Demang tak memuji PAS.
Lihat berita tersebut yang disiarkan Harakahdaily:
Skim 'Rumah Pertamaku' wajar dinaikkan
Written by Aziz Muda
"KUALA LUMPUR, 19 Mei: Skim 'Rumah Pertamaku' yang kini dihadkan kepada pinjaman RM100,000 hingga RM200,000, dicadang dinaikkan sehingga RM350,000 bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah yang diidamkan."
Bila Demang semak, rupa-rupanya yang mengeluarkan kenyataan tersebut ialah naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub iaitu pemimpin PAS yang Demang hormati.
Demang tidak mahu komen tentang lanjutan respon Salahuddin sebab memang cara pembangkang untuk membuat sedikit provokasi agar saranan mereka diambil perhatian.
Cuma Demang nak tambah sikit, jika benar-benar nak bantu rakyat memiliki rumah, kita kena sediakan suasana untuk rakyat lebih produktif.
Contohnya, kurangkan politiking yang tak berfaedah, yang menjurus pada masalah peribadi pemimpin.
Ingat, pemimpin datang dan pergi.
Salam Cheguman,
ReplyDeletePada saya, RM350,000 terlalu tinggi untuk kebanyakkan orang muda yang baru nak bina hidup masing masing. Bayaran loan bulanan akan amat tinggi sedangkan perbelanjaan juga mesti mengira kiraan lain seperti loan kereta dll. Dan perlu diingat bila kita beli rumah bukan 'rumah' sahaja. Kita juga perlu 'maintain' rumah kita dan ini juga perlukan perbelanjaan.
RM200,000 berpatutanlah, nanti bila ada rezeki belilah rumah lain. WaAllahuAlam.
saya setuju dgn pandangan akak.
ReplyDeletesalam perjuangan bro, linkan aku http://abidintawau.blogspot.com/
ReplyDeleteok tq