Monday, June 27, 2011

bukti baru cctv Anwar bersama Eskay di lobi

KALAU dalam permainan catur, ini kira macam checkmate lah @ kantoi...apabila pihak pendakwaraya sendiri memberitahu mahkamah bahawa polis telah memperolehi rakaman CCTV dari pangsapuri di Ampang, mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah berada di lobi pangsapuri tersebut pada 21 Februari, hari yang sama video seks itu dirakam.

Untuk rekod, CCTV ini membuktikan bahawa Anwar memang berada di lokasi itu pada waktu dan ketikanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamalluddin Md Said juga memberitahu pakar dari Dartmouth College yang menjalankan ujian analisis juga memperakui bahawa wajah pelaku video seks itu menyerupai Anwar Ibrahim.


Sebelum ini soal adanya CCTV yang tunjuk Anwar dan Eskay berada di lobi itu tidak diketahui sehinggalah dinyatakan dalam prosiding mahkamah kes Datuk T.

Ini dikira satu fakta kes yang sangat menarik dari segi pembuktian.

Anwar sebelum ini mendakwa beliau berada di rumah pada masa dan ketika itu.

Sementara itu, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili  Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa menurut laporan pakar-pakar, mereka 99.99 peratus pasti bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

Menurutnya, dalam laporan bertarikh 4 Jun, yang disediakan oleh Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani, ia telah menyatakan bahawa mereka telah mengkaji video dari camcorder dalam sebuah bilik dan disalinkan kepada thumbdrive, satu video dari kamera pengawasan yang diambil di dalam bilik dan diekstrak terus dari DVR, satu video dari camcorder kedua diambil di luar lif, 320 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Mr X", 26 imej satu orang yang dinamakan sebagai "Encik Y" dan 4,423 imej "rakyat Malaysia".

Laporan itu membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian itu, "Encik X" adalah orang yang sama dalam gambar yang diberikan kepada mereka oleh pihak berkuasa tempatan, iaitu Anwar.

"Kesimpulannya menyatakan dengan jelas bahawa Encik X adalah Anwar. Mereka tidak boleh mengatakan secara langsung bahawa Encik X adalah Anwar kerana mereka tidak mengenali dia, tetapi mereka membuat kesimpulan bahawa ia adalah 99,99 peratus daripada analisis memperakui muka lelaki dalam video adalah sama dengan lelaki dalam gambar (Anwar) yang ditunjukkan kepada mereka, " kata Shafee.

Oleh itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa Anwar patut dikenakan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.

--------------------------------------------------------------------

Datuk T mengaku salah, di denda antara RM1,000 hingga RM3,000 tiap seorang...

Hakim menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau tiga bulan penjara kepada Datuk Sharzly Eskay Abdullah, denda RM1,500 atau penjara sebulan kepada Datuk Shuib Lazim kerana tayang video seks di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Manakala denda RM1,000 atau penjara sebulan dijatuhkan terhadap Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik kerana bersubahat.

----------------------------

Datuk T di mahkamah Jalan Duta

Riang,ceria dan bersemangat...itu senarionya ketika trio Datuk T – Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Dato Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim tiba di mahkamah majistret Jalan Duta pagi Jumaat untuk berdepan dengan dakwaan tayang video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaan mereka disambut oleh hampir  200 orang yang mula berhimpun di situ sejak jam 8 pagi.Mereka membawa sepanduk menyokong mereka termasuk yang bertulis WE LOVE DATUK T  dan BEBASKAN DATUK T.

Trio berkenaan masuk ke kamar mahkamah jam 9.17 pagi.
Eskay dan Shuib dituduh menayang secara terbuka adegan lucah di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada 21 Mac ,2011 antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari manakala Rahim bersubahat.

Shazryl dan Shuib didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Ketika-tiga mereka yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T" didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohammad Zakaria Hanafiah.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita dari China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

Sementara itu, di mahkamah sebentar tadi, klip video lucah tersebut ditayangkan di Mahkamah Majistret bagi disahkan oleh kesemua tertuduh.

laporan lanjut akan menyusul

AGENDADAILY

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.