Ketika Demang bersarapan di warung pagi tadi, berhenti sebuah MPV betul-betul di sebelah simpang empat depan warung tersebut.
Pada cermin tingkap kenderaan itu terlekap poster Selamatkan Rakyat Malaysia bersaiz besar.
Dari dalam kereta itu keluar seorang lelaki separuh umur berkepiah putih dituruti seorang wanita yang memimpin kanak-kanak perempuan kecil.
Sebelum terlupa, Demang catatkan di sini bahawa lelaki itu juga memakai t-shirt bercetak HAPUSKAN ISA.
Pada pandangan Demang mereka adalah pasangan suami isteri manakala gadis kecil itu macam tak berapa sesuai menjadi anak mereka. Cucu barangkali.
Tapi tak mustahil juga anak mereka sebab sekarang ini memang banyak ubat power terutama dijual secara online. Demang pun ada stok kalau nak cuba.
Kita anggap sahaja budak itu cucu mereka. Tapi, di mana ibubapanya? Mungkinkah sedang ditahan di Kemunting (ISA)?
Untuk makluman, yang ditahan ISA termasuklah pengedar dadah, pemilik senjata api secara haram, penjenayah besar, dan pengkhianat negara. Jangan ingat yang anjur perhimpunan BERSIH sahaja di situ.
Demang buat contoh andaian sahaja.
Itu bukanlah masalahnya. Yang Demang tak puas hati ialah kenderaan mereka diletakkan di simpang jalan. Tak terfikirkah lelaki itu bahawa perbuatannya boleh menyebabkan kemalangan dan silap-silap mengundang maut terhadap orang lain?
Inilah masalahnya. Konon nak selamatkan rakyat padahal tindakan mereka lebih mendedahkan rakyat pada kebinasaan.
Demang bukan nak menyebok tapi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke warung, Demang terus menegur perbuatannya.
Anda tahu respon lelaki itu? Dia buat muka bengong, cangak-cangak ke luar seperti berfikir, kemudian duduk di kerusi berhampiran Demang macam tak buat salah apa-apa.
Ingat-ingatlah. Beginilah tingkah mereka nanti jika negara kita jadi huru hara seperti Iraq akibat tindakan bodoh mereka mengadu domba rakyat menentang kerajaan yang sah.
Masa tu, kalau kita lempang mereka pun dah tak guna lagi. Justeru, sebelum mereka berjaya musnahkan kedamaian kita, lebih baik kita humban mereka ke sel penjara di Kemunting.
Kita sama sama maklum betapa POWERnya ISA.... pihak yang teringin sangat hapuskan ISA adalah pihak yang berkepentingan politik. Hanya ISA sahaja yang dapat menghalang niat mereka. Kalau ISA dihapukan, tidak heran jika negara yang aman damai ini jadi huru hara kerana tiada undang undang lain selain ISA yang dapat mencekup puak puak yang menimbulkan huru hara di negara ini. Mudah sahaja...mainkan sahaja sentimen agama dan perkauman...pasti huru hara.
ReplyDelete