Friday, June 17, 2011

kejayaan terbaru pemuka Islam liberal

Islam Liberal
Agenda liberalisasi Islam terus berjalan lancar. Di Pulau Pinang, kaedah pemilihan dan perlantikan jawatankuasa masjid akan datang tidak lagi menggunakan kaedah yang diwarisi Rasulullah dan para sahabat.

Demokrasi tajaan barat sudah menyusup ke dalam rumah Allah dan meresap ke ruang ibadah ummat Islam. Bahkan jika dibiarkan akan memasuki urusan ibadah seterusnya mempengaruhi perkara akidah.

Ramai yang masih menyangka musuh akan datang dari depan dengan senjata di tangan.

Agaknya, oleh kerana sudah ramai yang tidur tanpa selimut maka mereka sudah lupa tentang peribahasa 'musuh dalam selimut'.

Terbaru, (Utusan online) seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Abdul Malik juga berkata, pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. - Bernama

2 comments:

  1. dalam pilihanraya masjid yang mereka (pas/pkr/dap) buat pun penuh dengan tipu helah dan muslihat - tidak bersih. macamana mereka nak minta supaya pru yang dah bersih menjadi lebih bersih. hoi beruk pas/pkr/dap bersihkan sendiri punya lancau la baru suruh orang lain bersihkan lancau mereka.

    ReplyDelete
  2. dalam pilihanraya masjid yang mereka (pas/pkr/dap) buat pun penuh dengan tipu helah dan muslihat - tidak bersih. macamana mereka nak minta supaya pru yang dah bersih menjadi lebih bersih. hoi beruk pas/pkr/dap bersihkan sendiri punya lancau la baru suruh orang lain bersihkan lancau mereka.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.