Sunday, June 5, 2011

PAS masuk perangkap

Buka sahaja mana-mana media hari ini, penuh dengan ulasan, komen dan pandangan terhadap keputusan pemilihan PAS.

Yang tahu tentang congkak akan memberi pandangan berdasarkan peraturan bermain congkak.

Yang mahir bermain catur akan melihat keputusan tersebut dari sudut buah catur.

Yang gemar berseloka, mula mengarang seloka berkaitan muktamar itu.

Yang reti mengira mula mengemukakan pelbagai formula matematik.

Kebetulan 2-3 hari lepas Demang ke laut untuk memancing dan mencandat sotong. Bukan hobi, sekadar bersama-sama kawan-kawan sekerja mencedok pengalaman baru. Maka Demang melihat dari sudut seorang pemancing.

Bagi pemancing, selain joran, umpan memainkan peranan yang amat penting. Jika setakat umpan cacing, maka saiz ikan pun macam cacing sahajalah.

Selain itu, faktor ombak, angin, kedalaman laut, lokasi, dan sebagainya juga mempengaruhi jenis ikan yang ditangkap. Itupun kalau dapat!

Yang anehnya, walaupun umpan yang digunakan hampir sama sejak ribuan tahun yang lalu namun sang ikan tetap tertipu juga.

Berbalik pada muktamar PAS, sepanjang proses pemilihan tersebut, faktor luaran juga ikut main peranan menentukan siapa yang menang.

Dalam hal ini, bagaimanakah para pengundi memilih pemimpin mereka?

Demang yakin, ramai yang menggunakan sifir mudah. Jika pemimpin itu disukai musuh (UMNO) maka itulah calon yang patut dibuang manakala jika media arus perdana (seperti Utusan Malaysia) menolak seseorang calon, maka itulah yang patut dipilih.

Bagi Demang, barisan baru yang diumumkan semalam adarah barisan rapuh yang mudah dipatahkan. Contohnya, Mat Sabu. Sebenarnya, beliau adalah 'masalah' kepada PAS.

Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi tidak bagi jerat!

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.