Monday, August 8, 2011

Mat Sabu yang terdesak kerana masih dibayangi isu ditangkap khalwat dengan isteri orang dan dalam masa yang sama perlu mengaut populariti setelah menang timbalan presiden rupa-rupanya mahu terus mengelabui mata rakyat menumpang isu tuntutan Bersih.

Agaknya setelah sebulan berlalu, Mat Sabu rasa yakin rakyat sudah lupa dengan keputusan kepimpinan PAS untuk menyokong 4 tuntutan Ambiga.

Perhatikan baik-baik ayat di atas. 4 TUNTUTAN.

4 tuntutan? Bukankah 8 tuntutan?

Ya. Ambiga memang kemukakan 8 tuntutan tetapi hanya 4 perkara yang pucuk pimpinan PAS setuju. Hal ini kerana 4 perkara lagi amat merugikan orang Islam.

Ternyata nafsu Mat Sabu sudah tidak boleh dikawal. Mat Sabu sanggup meletakkan risiko yang amat tinggi demi survival politik.

Hari ini Mat Sabu menyebut 8 tuntutan. Mat Sabu ingat rakyat tak tahu atau lupa?

Maaf, banyak perkara lain Demang boleh lupa tetapi bukan yang ini! Sebab Demang tahu ada dua perkara lagi yang Ambiga sorokkan dalam tuntutan Bersih dan itulah agenda tersembunyi Ambiga dan pihak yang mengupahnya.

2 comments:

  1. Salam Bro. Mat Sabun 121 ni memang jenis manusia tak berilmiah yang hanya cari isu murahan untuk naikkan nama sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Wake Up,
    klu jumpa ular dan sipenipu, jgn dipukul tapi pergi cari anwar & mat sabu sbb diorg berdua tu la yg mengajar ular membelit dan sipenipu menipu.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.