Lemparan isu 'komunis pejuang sebenar, polis alat penjajah' yang dibuat Mat Sabu tampak seolah bola tanggung kepada pihak kerajaan namun adakah libasan yang dibuat jatuh di gelanggang lawan serta memberi mata penuh pada UMNO?
Sesungguhnya ia bukan satu soalan yang mudah.
Ada beberapa perkara yang menjadi kelebihan pada pembangkanog dalam isu ini dan fakta bukanlah sesuatu yang penting kepada para pemain isu.
Pertama, Mat Sabu adalah Timbalan Presiden PAS. Maka sudah tentulah mempunyai penyokong unik yang akan mati-matian membenar dan mempertahankan beliau.
Gelanggang utama selain Harakah dan ceramah yang agak terhad, sudah tentulah media alternatif yang semakin canggih dan mesra pengguna seperti blog, Facebook, Tweeter, dan sebagainya.
Jangan lupa Wikipedia yang kini digunakan sebagai rujukan para pelajar di universiti sering dikuasai pihak yang propembangkang.
Propaganda pertama yang sudah disebar awal-awal ialah 'sejarah yang ada sekarang ditulis oleh UMNO dan diwarisi daripada tangan orientalis barat. Justeru ia perlu ditulis semula dan isu Mat Indera di Bukit Kepong adalah permulaannya.
Prapemikiran ini memberi impak yang besar dalam 'games' seterusnya dan menjadi pendinding terhadap hujah pihak yang memulakan.
Dalam perang persepsi, kebenaran bukan syarat untuk menang. Pernyataan yang diulang-ulang serta disalur daripada individu kepada individu yang lain selalunya lebih berkesan.
Jika pendapat di atas benar, maka tindakan yang harus diambil tidak harus terbatas pada usaha memberi penerangan. Golongan atas pagar terbahagi dua iaitu sebahagian melihat pada fakta manakala ramai yang suka menumpang keputusan orang lain.
Justeru pihak yang berhajat memenangi perang persepsi harus menambah soldadu untuk turun ke medan.
Tolong jangan tanya di mana medan peperangan! Pengundi hari ini tiada masa untuk menghadiri kursus, mendengar ceramah, atau melangut di kedai kopi mendengar orang tua-tua berborak politik.
Orang sekarang masih duduk berlonggok tetapi masing-masing memegang laptop, tablet, iphone dan sebagainya sambil berkomunikasi dengan komuniti syber.
Jika UMNO bersedia mengeluarkan biaya perang melalui jamuan, ceramah, kursus, media cetak, dan sebagainya sehingga jutaan ringgit, kenapa terlalu berkira dengan media internet?
Adakah terlalu sukar merangka strategi dan membuat budget khusus untuk perang cyber? Adakah jijik dan hina mengeluarkan perbelanjaan untuk media baru yang dah lama ini?
Resin Myrrh yang digunakan keluarga diraja Rom dan Mesir purba kini di sini
ReplyDeletebacaan yang bagus
ReplyDeleteNak promosi produk atau perkhidmatan? Klik sini PERCUMA 100%
ReplyDelete