Sejak semalam Demang di Nilai (bukan dinilai). Dalam dua hari ini telinga Demang disumbat lagi dengan isi kandungan Perlembagaan dan semangat yang terkandung di dalamnya.
Antara penceramah yang hadir ialah Prof Dato Dr Ramlah Adam, seorang pakar rujuk berkenaan sejarah negara.
Untuk kesekian kalinya Demang diberitahu lagi bahawa Perlembagaan datang dalam bentuk pukal dan saling berkaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Bukan sahaja setiap Perkara perlu dibaca bersekali bahkan antara Perkara-Perkara yang terdapat di dalamnya saling menyokong antara satu sama lain.
Justeru tidak harus sama sekali mencubit 1-2 ayat dan mendakwa inilah Perlembagaan!
Demang nak tanya, adakah setiap wakil rakyat kita, baik kalangan kerajaan ataupun pembangkang memahami dengan jelas Perlembagaan negara?
Demang katakan begitu sebab dalam contoh kesemarataan ramai wakil rakyat yang bercakap ikut sedap mulut sahaja, terutama pembangkang. Padahal perkara berkaitan 'kesamarataan' sudah disebut dalam perlembagaan termasuk huraiannya.
Oh ya. Naskah kecil Perlembagaan boleh dibeli di mana-mana kedai buku dengan harga RM10 sahaja. Dah ada?
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.