Wednesday, January 25, 2012

Demang kecewa Rosmah belanja RM300k


Demang agak kecewa bila dapat tahu Rosmah berbelanja Rm300K baru-baru ni. Lebih kecewa lagi apabila diberitahu Najib tinggal di sebuah hotel berharga RM20K satu malam.

Demang tidak pasti cerita itu betul atau bohong. Kalau benar, pihak yang menguruskan perbelanjaan tersebut harus dipersalahkan.

Sebelum itu Demang nak tanya adakah butik dan hotel itu dibina untuk Najib dan Rosmah sahaja? Atau adakah setakat ini hanya dua orang pelanggan yang singgah di butik dan hotel tersebut iaitu Najib dan Rosmah?

Oo.. ada orang lain lagi!

Siapa? Doktor? Lawyer? korporat? Menteri? Perdana Menteri? Daripada negara mana?

Adakah sesuai sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia cuma mampu membiayai penginapan dan perbelanjaan PM nya Suami isteri pada kadar yang setaraf dengan rakyat biasa dari negara lain?

Ini Malaysia la Bro. Najib adalah PM Malaysia. Bukan Presiden Indonesia yang rakyatnya terpaksa berenang ke negara lain hanya untuk menjadi amah dan pemungut sampah.

Bukan juga Presiden Filipina yang rakyatnya mundur dan merempat ke sabah!

Sedangkan Presiden Amerika yang negaranya bertapuk dengan hutang pun mampu menjaga status, inikan pula Malaysia yang terbukti berjaya melepasi krisis ekonomi tanpa bantuan IMF.

Rakyat Malaysia ada 27 juta orang. Cuba kira jika RM300000 bahagi 27000000 orang.

Berapa sen sorang?

Apasal keluarga Lim pergi makan besar di luar negara naik kelas mewah pembangkang tak bising?

Sepatutnya kita bagi Rosmah 1 juta untuk shopping dan 50K satu malam untuk penginapan sesuai dengan status dan tanggung jawab mereka.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. untuk berlaku adil kita kena dengar komen both party...pembangkang dan pihak Rosmah sendiri......

    kalau betul lah rosmah belanja sampai RM300k...saya rasa sebagai isteri PM tak ada hal punya....skrg ni soalan dia kenapa minah saleh tu menyibuk???? satu lagi pembangkang yg dok dengki sgt tu buat apa....nak cari political millage ke????

    adakah minah mat salleh sengaja nak trap PM...atau dia mungkin barua pembangkang yg di organise oleh aljuburi...kalau pun betul nothing wrong....cuma haprak ni sengaja nak jadikan isu untuk PRU13....memang rosmah tu typical sikit semua org tahu..dia kontrol PM sampai tak boleh bilang sampai sepuluh....itu benar lah....

    tapi lebih baik pembangkang tunjuk bukti dgn bil pembelian ke baru dapat kebenaran...tapi kalau setakat cakap fitnah tu tak payah lah rakyat dah muak isu menfitnah PM.....rosmah kalau tak betul tolong saman mat salleh tu...kalau tak saman dan buat pekak aje...elok le pembangkangkan jadikan isu politik...kita sayangkan umno...PM/Rosmah boleh tukar anytime...umno tetap kekal....kini dulu dan selamanya....kalau dapat singkir kerismuddin lagi ok...sbb dia kedi...

    ReplyDelete
  2. xdehal rosmah nak belanja 1 juta sekalipun.asalkan guna duit poket sendiri.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.