Tuesday, January 31, 2012

lucut profesor arahan Najib

Pentadbiran Najib berdendam dengan Aziz Bari - Fadiah

Jan 31 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik gelaran profesor kepada Dr Abdul Aziz Bari jelas bersifat dendam kepada pakar perlembagaan itu, kata peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas bersifat politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara yang kononnya pentadbiran dilaungkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tindakan ini membuktikan betapa pentadbiran kerajaan sukar menerima perbezaan pendapat dari kalangan golongan akademik di negara ini.

"Sebagai anak didik beliau, saya melihat Profesor Dr Aziz Bari hanya memberi pandangannya mengenai sesuatu isu berpaksikan ilmunya dan ini sebenarnya baik untuk percambahan ilmu dalam masyarakat," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, pandangan yang dikemukakan Aziz Bari itu berteraskan fakta sekaligus melangkaui kepentingan politik.

"Kalaupun pandangan Prof Aziz Bari berbeza dengan kepentingan kerajaan, ia sepatutnya diterima secara ilmu dan bukan emosi sehingga sanggup menarik balik gelaran beliau.

"Sebab, hanya kerajaan kuku besi sahaja yang menghalang kebebasan bersuara," tegasnya.

Fadiah ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIA sejak 2001 hingga 2006 dan kini merupakan peguam yang aktif dalam kumpulan Lawyers For Liberty.

Pada 30 Januari lalu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad berkata, Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor dan sebarang aktiviti pakar perlembagaan itu selepas ini tiada kaitan dengan universiti itu.

Aziz kerap dijemput pelbagai pihak yang meminta pandangan beliau dalam pelbagai isu dari aspek perlembagaan namun pandangan beliau sukar didedahkan dalam media kawalan Umno.

Disalin tanpa sebarang pindaan daripada:
http://keadilandaily.com/mobile/?post=26048

Demang nak bagitau satu perkara:
"Kalau tak bodoh, bukan lah pembangkang namanya".

Jawatan profesor samalah macam jawatan ketua panitia atau ketua bidang di sesebuah sekolah.

Apabila berhenti atau bertukar ke sekolah lain maka jawatan pun ditinggalkan.

Sebenarnya Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad mengeluarkan kenyatuan tersebut kerana pihak tertentu masih mengekalkan gelaran tersebut dan tuan punya tubuh pun tidak membantah.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. kalau guru biol, pasti anak didik juga biol. inilah nama bodoh tak boleh diajar. loyar buruk punya orang.

    ReplyDelete
  2. kalau nak kebebasan bersuara bukan atas plaform UIAM dan manis. Kan eluk bersuara di luar UIAM. Siapa kata tak ada kebebasan bersuara kat malaysia ini. Bersuaralah sehendaknya tapi jangan jadi macam jurucakap UIAM pulak. UIAM pun ada peraturan dan undang-undang bagi kakitangan mereka. tulah dah terlalu pakar perlembangan sangat dan ambil tahu lansung peraturan di universiti. apa pulak kena mengena dengan najib, ada dato najib komen selama ini apa dr abdul aziz bari cakap, sebab dr aziz bari bukan orang politik. Kalau guru yang mengajar prof kang kong begitu juga hasilnya dapat anak anak kang kong.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.