Saturday, January 14, 2012

Mencari pengganti


Mungkin bagi Pas isu pengganti Hasan Ali adalah soal rumah tangga mereka dan orang luar termasuk blogger tak perlu masuk campur.

Ya. Jika Pas berkuasa penuh di Selangor memang kita tak perlu peduli soal exco selangor ini.

Yang jadi masalah ialah kerana PAS cuma menempel dan menumpang. Justeru kita mengharapkan wakil orang Islam dalam kerajaan mestilah tegas mempertahankan hak dan kepentingan orang lslam.

Perlu diingat bahawa Khalid bukan wakil orang Islam di Selangor. Khalid mendapat kuasa melalui persetujuan beberapa parti yang bukan berkongsi matlamat sebaliknya hanya berkongsi musuh.

Dalam keadaan perjanjian yang rapuh seperti dihadapi Khalid, tidak banyak yang boleh diperjuang oleh beliau. Selebihnya terpaksa akur dengan telunjuk pemimpin DAP yang lebih mantap sokongan kaum mereka.

Justeru kita perlu seorang wakil yang sekurang-kurangnya seperti Hasan Ali. Latar belakang beliau bersama BTN nampaknya cukup berkesan.

Itu sebabnya kenapa DAP dan PKR amat benci pada BTN. 15 tahun masuk Pas pun akhirnya kembali ke pangkal jalan.

Orang macam Hasan Ali belajar melalui pengalaman.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.