Sunday, January 15, 2012

pembangkang makin merosot

Apabila Demang menulis 'Anwar Menyalak' dalam posting pagi tadi, tidak ada seorang pun orang PKR atau orang PAS yang membalas. 


Mungkin kerana perkara yang Demang tulis itu betul dan mereka juga sudah meluat dengan Anwar yang menjadi sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri.

Atau mungkin juga kerana tiada seorang pun mengunjung dari kalangan orang PAS atau PKR sebab spesis tersebut sudah makin pupus!

Apabila Demang mencabar orang PAS untuk menjawab persoalan yang Demang ajukan, tiada siapa pun yang menyahut. 

Mungkin kerana mereka juga bersetuju dengan pendapat Demang atau kerana tiada seorang pun pengunjung dari kalangan orang PAS mahupun PKR?

Apa pun penyebabnya, ia menuju pada satu kesimpulan bahawa pembangkang semakin terpinggir!

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.