Seorang sahabat bercerita ketika di Padang Arafah beliau bertembung dengan Saiful Bukhari. Walaupun agak terkejut kerana tidak menjangka boleh bertemu dengan pemuda yang amat terkenal itu sahabat saya sempat bertanya:
"Bagaimana tuan dengan kes itu?"
"Saya serahkan pada Allah. Saya sudah buat perkara yang betul." Jawab Saiful.
Jika anda tidak mahu percaya juga, terpulang lah.
Oh ya. Demang baru dapat cerita tu 5 minit yang lalu terus daripada mulut sahabat Demang itu. Kebetulan terjumpa.
Rupa-rupanya Blog AIDC pun dah tulis perkara yang hampir sama dalam posting 7/10/2010.
Nampaknya Demang tertinggal keretapi dalam perkara itu.
Namun yang Demang tak tertinggal keretapi ialah ada pemimpin PKR yang menganggap walaupun Anwar mengamalkan seks luar tabie, itu adalah hal peribadinya dan tak ada kena mengena dengan kepimpinannya.
Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.