Setahun dua yang lalu seorang teman memberitahu satu maklumat iaitu andai Malaysia ditakdirkan dilanda tsunami seperti Acheh sekalipun Insya-Allah kita mampu membina semula negara tanpa bantuan asing.
Demang fikir memang logik maklumat tersebut memandangkan Tun M berjaya memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk pada 1999 tanpa perlu merayu IMF dan sebagainya.
Maka apabila Demang baca berita di bawah tahulah Demang bahawa DAP sudah hampir menyerah kalah.
Kenyataan meminta Najib meneruskan pemberian wang ehsan tersebut menunjukkan Lim mengakui BN akan terus membentuk kerajaan tahun hadapan.
IPOH 12 Feb. — Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.
"Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.