Saturday, February 4, 2012

KITA adalah cicit UMNO



Kalau lah bukan kerana ‘kita’ itu sering kita gunakan sebagai gantinama, barangkali apabila berita mengenai parti KITA tersiar 2-3 hari ini, ramai yang jenuh berfikir perkataan apakah itu!

Ok, Demang permudahkan intro yang berbelit di atas.

Sebenarnya KITA adalah rebranding kepada sebuah parti lain yang lebih awal ditubuhkan. Namanya AKIM. ditubuhkan pada 1994. Pernah dengar?

Ya. AKIM juga sebuah parti yang tenggelam timbul. Sesekali dia timbul dan selalunya tenggelam.

AKIM juga sebuah parti serpihan yang ditubuhkan berikutan perasaan tidak puas hati sebilangan pemimpin dan ahli PAS.

Demang tidak akan bertanya adakah anda pernah dengar nama PAS sebab itu soalan bodoh. Namun dalam sekian ramai yang setiap hari mendengar, membaca, dan melihat PAS, Demang percaya masih ramai yang tidak tahu bahawa PAS juga merupakan sebuah parti serpihan.

PAS ditubuhkan oleh sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yang gagal memenangkan calon mereka dalam satu pemilihan parti.

Secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa UMNO melahirkan PAS dan PAS memberanakkan AKIM. Kemudian, daripada AKIM lahir lah KITA.

Itu sebabnya Demang katakan KITA adalah cucu kepada UMNO manakala Zaid adalah...

Hmm lantak dia lah.


2 comments:

  1. Zaid????

    mmmm...


    zaid ...


    mmmmmmmm

    barua kepada Sheikh Anu War Berahi Al Juburi !!!

    ReplyDelete
  2. CHIPS MORE!!!

    KEJAP BERANI...
    KEJAP KECUT...

    PARTI KITA PARTI BANGKAI...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.