Tuesday, February 14, 2012

Lebih baik PAS keluar pakatan


SUNGAI BULOH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata, adalah lebih baik PAS keluar daripada parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat-DAP daripada meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal. 

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan. - BERNAMA

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.