Telefon berdering. Ustaz Badrol Amin menatap nama yang tertera.
"Ah, apahal lak call tengah-tengah malam ni?" bisiknya sendirian. Dia tidak tergamak menjawab panggilan tersebut memandangkan pemanggilnya seorang wanita yang tiada kena mengena dengannya.
Namun telefon berdering lagi berkali-kali. Terfikir pula Ustaz Badrul mungkin wanita tersebut dalam kecemasan.
Akhirnya dia menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum ustaz. Maaf lah mengganggu malam-malam ni. Saya dah tiada pilihan lain. Suami saya asyik mengamuk sahaja dari tadi. Saya nak lari ke tempat ustaz menginap sekarang juga.
"Eh tak boleh lah. Nanti timbul fitnah pula. Bersabarlah." Ustaz Badrul memberi nasihat.
"Tak tahan lagi nie ustaz. Nak jugak. Saya nak jugak." rengek wanita tersebut sambil menangis, melaung, serta meraung. Sakit telinga ustaz Badrul dibuatnya.
"Beginilah. Kalau dah tiada tempat lain, boleh lah datang ke mari." akhirnya dia membuat keputusan.
Sementara wanita tersebut dalam perjalanan, Ustaz Badrul segera menghubungi beberapa orang rakannya lelaki dan perempuan.
Dia menceritakan kejadian yang berlaku dan meminta pandangan mereka.
Tidak lama kemudian mereka semua berkumpul di lobi hotel menunggu wanita itu tiba.
Wanita tersebut tiba dengan linangan air mata. Semua yang ada di situ turut simpati. Mereka membantu wanita tersebut menenangkan perasaan.
Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki sekitar 20 orang diketuai suami wanita tersebut. Dia memaksa isterinya itu mengikutnya pulang.
Perkara tersebut dianggap selesai. Apabila para pegawai Jabatan Islam Pahang tiba, hanya tinggal beberapa orang pemimpin PKR sedang berbual di lobi.
"Kami dapat aduan berlaku khalwat antara Ustaz Badrul dengan isteri orang." kata salah seorang pegawai tersebut.
"Encik buat lawak ke?" balas salah seorang daripada yang ditanya.
Para pegawai JAIP termasuk beberapa pemimpin UMNO yang turut sama dalam operasi tersebut tunduk malu dan segera beredar.
Kes selesai.
Maaf. Itu hanya lah imaginasi Demang semata-mata.
Malangnya situasi di atas tidak berlaku sebaliknya Ustaz Badrulamin membenarkan wanita yang masih bersuami itu menemui beliau sendirian pada pukul 2 pagi dengan hanya berteman seorang kanak-kanak berumur 5 tahun di bilik sebuah hotel!
Jika kejadian terrsebut benar seperti yang dilapor maka pemimpin PKR tersebut nyata bersalah. Samada berlaku perkara sumbang atau tidak, pertemuan tersebut memang salah dan boleh dianggap keji.
Bertemu isteri orang di bilik hotel pada pukul 2 pagi!
Badrulamin dah tak boleh berfikir secara rasional ke?
Jangan sesekali lupa bahawa manusia memang tidak mampu berfikir secara rasional dalam kes NAFSU! Berceramah menasihati orang memang boleh ttapi apabila berdepan dengan godaan dan peluang? Siapa boleh tahan?
Itu sebabnya Allah Taala berfirman 'jangan hampiri zina'.
JANGAN HAMPIRI sebab apabila dah hampir maka susah nak patah balik!
Namun ada satu lagi kemungkinan iaitu PKR sendiri yang merancang tangkapan tersebut. Badrulamin sebagai umpannya.
Tujuan?
Ada bebetapa kemungkinan:
Pertama, kerana perhimpunan hijau di Kuantan yang tidak mendapat sambutan.
Kedua, bagi menarik perhatian rakyat yang semakin lupa pada PKR.
Ketiga, untuk memanipulasi isu ini agar rakyat menuduh ini 'satu lagi' konspirasi UMNO.
Idea tersebut cukup mudah. Apabila Anwar didakwa dengan pelbagai tuduhan salah laku seks, rakyat bersimpati dengannya dan berkata: "TAKKAN LAH ANWAR BUAT BENDA TU!"
Maka dalam kes Ustaz Badrulamin juga PKR berharap rakyat sekali lagi akan berkata: "TAKKAN LAH USTAZ BADRULAMIN BUAT BENDA TU."
Cuma PKR lupa satu perkara. Masa Anwar dituduh dulu rakyat memang terkejut. Namun sekarang rakyat tak begitu terkejut memandangkan kes ustaz PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang pun suah beberapa kali berlalu.
Mat Sabu pernah ditangkap dengan isteri orang di bilik hotel. Kesnya digugurkan kerana masalah teknikal. Sampai sekarang isu tersebut disebut lagi dan Mat Sabu diam tak menguit walau dicabar berkali-kali agar menafikan tuduhan tersebut atau menyaman pihak yang mengungkit kes itu beratus kali.
Mat Sabu taknak duit ke? Kalau dia BENAR, saman lah. Tengok macam Anwar saman Utusan minggu lepas.
Nampaknya Anwar lebih berani berbanding Mat Sabu. Walaupun menikus dengan cabaran Umi Hafilda, Ezam, Hasan Ali, Zulkifli Nordin, dan Tun Mahathir, sekurang-kurangnya berani jugak saman Utusan.
Selain Mat Sabu ada lagi satu kes pemimpin PAS ditangkap bersama isteri orang dalam keretapi.
Ustaz itu pun senyap sunyi tak berani ambil tindakan. Padahal ustaz yang membuat tuduhan tersebut membuat cabaran secara terbuka.
Bagi Demang samada penangkapan Badrulamin satu muslihat PKR atau perangkap syaitan yang berjaya menggoda pasangan tersebut, ia takkan beri keuntungan pada pembangkang.
Ia tidak akan mengubah hasrat rakyat yang semakin sayang pada Najib sejak akhir-akhir ini.
Terpulanglah samada anda nak anggap kenyataan Demang itu satu persepsi atau realiti. Yang nyata, Najib memang sudah semakin menambat hati rakyat Malaysia.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.