Wednesday, February 15, 2012

Ridhuan Tee perjelas isu angpau putih PERKASA

Pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini telah berlaku satu peristiwa yang melibatkan PERKASA dengan sekumpulan orang cina. 

PERKASA yang selama ini dituduh rasis cuba menolak persepsi tersebut dengan cara mengagihkan angpau kepada hadirin berbangsa cina dalam satu majlis.

Namun niat baik tersebut bertukar menjadi insiden memalukan apabila terdapat pihak yang mendakwa tindakan PERKASA menggunakan SAMPUL PUTIH mencemar adat dan budaya masyarakat cina.

Maka ramailah yang mengejek dan mencela PERKASA kerana tidak prihatin dengan budaya kaum lain. Ramai juga yang menempelak PERKASA kerana tidak membuat kajian tentang budaya cina terlebih dahulu.

Soalnya, adakah orang yang menuduh PERKASA tidak membuat kajian budaya cina itu ada membuat kajian sebelum menuduh PERKASA?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.