Pagi ini Demang mengiringi putera kami mendaftar sebagai penuntut sekolah tahfiz berkonsep ulul albab di Alor Gajah Melaka.
Alhamdulillah. Syukur Demang atas beberapa perkara antaranya kerana terbina sebuah lagi pusat tahfiz di negara kita dan kedua putera Demang turut terpilih sebagai pelajar sulung di Melaka.
Sebenarnya Imtiaz adalah sekolah swasta tetapi tidak berasaskan keuntungan. Sebab itulah pemilihannya agak ketat.
Ia dimulakan di Terengganu melalui idea Idris Jusuh yang menjadi MB Terengganu ketika itu.
Kalau tak silap sudah ada 4 buah sekolah Imtiaz di Terengganu.
Barangkali ada yang masih ingat konsep ulul albab yang dicetuskan Pak Lah ketika menjadi PM masa tu? Ya lah, masa tu semua orang kutuk Pak Lah. Mungkin tak perasan hal ini.
Impian Paklah ialah melahirkan manusia yang mampu memberi sumbangan pada dunia melalui kepakaran masing-masing sebagai menyahut cabaran 'kita adalah ummat terbaik yang akan memimpin manusia'.
Secara ringkasnya, Paklah mahu jika seseorang itu menjadi doktor maka dia adalah doktor yang hafaz Al-Quran. Jika menjadi saintis atau angkasawan maka jadilah saintis atau angkasawan yang hafaz Al-Quran.
Dan jika jadi PM atau menteri maka PM dan menteri yang seluruh isi Al-Quran dah dihafaz, bukan PM yang hampas atau PM yang jadi ahli PAS.
Berdasarkan konsep tersebut Insya-Allah anak-anak kita yang keluar dari mana-mana Imtiaz (Center of Excellence) akan menyambung pendidikan di mana-mana universiti ternama samada di timur atau barat.
Berbalik pada Imtiaz Melaka ia dibina atas inisiatif dan sumbangan Zahid Hamidi. Malah tapaknya diwakaf keluarga mertua beliau.
Ingat ye. Nak bina negara Islam bukan semestinya melalui PAS. Apatah lagi PAS yang ada hari ini.
Walaupun orang PAS gelar UMNOngok dan pemimpinnya bongok namun banyak jugak buat perkara kebajikan untuk syiar Islam.
Pastu ada pulak orang PAS yang minta kerja kat situ.
posted from Bloggeroid
PASngok
ReplyDeleteada sorang mulut bacin bubuh anak kt mrsm. muka tak malu...
ReplyDeleteSebab tu DAP tak suka kat UMNO, walaupun PAS kata UMNO tak Islamik, tapi aku tengok banyak dasar Islam untuk memajukan Islam dibuat oleh UNMO.PAS hanya tahu cakap banyak dan turut kehendak PKR dan DAP.
ReplyDeletepas mana ada buat kerja untuk islam..untuk kepentingan peribadi adalah..paling senang tengok kat kelantan..berapa banyak masjid pernah dibina pas kalau betul mereka perjuangkan islam?
ReplyDelete