Monday, March 26, 2012

Anwar saman Utusan, Nalla



Hari ini Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta, terhadap Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Anwar selaku plaintif, menamakan Nallakaruppan, UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing selaku defendan pertama hingga ketiga.

Saman itu berhubung artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla” bertarikh 20 Mac lalu.

Bagi Demang setakat saman fitnah yang kabur begitu tidak akan merubah apa-apa. Ia hanya tindakan terdesak dan lebih pada gimik politik.

Kenapa setelah hampir benar dengan PRU13 baru nak bawa ke mahkamah? Padahal dakwaan Nalla sudah dibuat berkali-kali sejak lama dahulu.

Bagi Anwar, keputusan saman dan tuduhan tersebut tidak penting kerana ia hanya akan selesai selepas PRU13. Anwar cuma beritahu rakyat yang dia berani.

Dengan saman tersebut Anwar dan pengikutnya akan berkempen ke seluruh negara. Apa akan jadi jika Anwar menang pilihanraya?

Sudah tentu anda boleh jangkakan apa akan jadi pada kes tersebut jika Anwar menang dan jadi PM.

Bagaimana jika Najib yang menang dan kekal sebagai PM?

Itu tidak jadi masalah sebab selama ini pun memang Najib yang jadi PM. Ternyata Anwar hidup mewah dan bebas ke sana ke sini juga. Sebulan 2-3 kali juga ke luar negara.

Cuma timbul persoalan, adakah jika Anwar menang kes ini secara automatik akan terjawab semua tuduhan salah laku seks sebelum ini?

Adakah Anwar selepas itu dianggap bersih dan suci?
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.