Selangor masih berserabut.
Kedah makin kelam kabut.
Di Pulau Pinang Lim Guan Eng yang diasak depan belakang (UMNO dari depan, PKR dari belakang) mula mencari sasaran baru untuk dialehkan.
Selain isu pencabulan tapak masjid Lim Guan Eng juga diasak kaum India berkenaan rumah ibadat agama Hindu.
Bagi menghadapi masyarakat India LGE mengetengahkan P Ramasamy sebagai hero.
Menariknya, penonjolan P. Ramasamy yang diketahui sebagai seteru Karpal dilihat sebagai usaha menikam Karpal dari belakang.
Pagi ini dikatakan 70 orang pendemo yang mewakili 34 pertubuhan NGO Hindu di Negeri Pulau Pinang berkumpul atas isu tersebut.
Demo yang didalangi LGE tersebut turut dihadiri S.Ragindran, pengerusi kebajikan bimbingan dan kesedaran komputer Pengkalan Weld, M.G Rajan, Pengerusi Malaysia India Voice Prai dan Muniandy a/l vellu, AJK Penang Maruthar Sangam.
Mereka mendesak agar menggugurkan YB Rayer dan YB Thana kononnya kedua-dua orang kuat Karpal ini telah mengkhianati kaum India.
Menurut mereka kedua-dua YB itu telah campur tangan didalam lembaga tanah wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang.
Demo tersebut mendakwa kroni Karpal memainkan peranan dalam menyeleweng hak orang India dan mendesak agar Guan Eng mengekalkan TKM2 Prof Ramasamy sebagai pengerusi Lembaga Tanah Wakaf Hindu Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.