Tuesday, March 27, 2012

Nalla bawa Samsidar



Rakyat masih ingat pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh tahun 2008, Nalla telah keluarkan kenyataan bahawasanya Anwar Ibrahim menggunakan RM60 juta wang judi magnum untuk perjalanan politiknya.

Nalla bukan dengar daripada sesiapa malah Nalla adalah pemilik Magnum. Ertinya, jika perompak mendakwa bahawa 'inilah wang rompakanku dan inilah orang yang terlibat' maka adakah kita meraguinya?

Ada perkara yang kita tak boleh percaya dan ada perkara yang mahu tak mahu kita terpaksa akui walaupun dituturkan seorang yang tidak boleh dipercayai.

Siapa yang tidak tahu betapa akrabnya hubungan Nalla dengan Anwar suatu ketika dulu? Maaf, budak-budak PKR mungkin tidak tahu.

Apa tindakan Anwar setelah Nalla mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ya. Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap Nalla agar menarik balik kenyataan dan menghentikan sebarannya.

Apa terjadi selepas itu? Kita boleh lihat sendiri Nalla bukan sahaja terus bebas berkata-kata malah pelbagai tuduhan lagi dikeluarkan.

Kenapa? Kerana Anwar sekadar menghantar notis untuk menyaman dan bukan membawa betul-betul ke mahkamah. Ertinya, 'nak saman' bukannya 'terus saman'.

Kini, sudah EMPAT TAHUN berlalu dan Anwar buat lembu kenyang sahaja.

Kali ini, Anwar melakukannya sekali lagi. Mari kita lihat adakah dalam masa 30 hari ini adakah Anwar benar-benar akan mengheret Nalla ke depan hakim?

Yang nyata, Nalla sudah pun membuat pengumuman akan mengheret Samsidar Taharin iaitu isteri Azmin Ali merangkap kakak ipar Umi Hafilda Ali sebagai saksi.

Samsidar adalah wanita yang dinyatakan secara terus terang dan jelas oleh penulis politik Syed Hussain Al Attas mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim sehingga melahirkan anak perempuan, dalam slah sebuah bukunya. Hingga sekarang tiada apa-apa tindakan balas dibuat oleh mana-mana pihak bagi menyangkal tuduhan tesebut.

Setahu Demang, baik Samsidar, Azmin, Shed Hussain, atau anak Azmin tersebut; semuanya masih hidup lagi.

1 comment:

  1. tunggu laa time anak dia nak kawin masa tu kita tahu wali dia sapa? wali hakim ka, anuwar ka atau azmin kaa, kalau azmin hilang pegangan agama agak saya dia sanggup buat dosa mewalikan anak dia (anak Anuwar).

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.