JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar sudah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara tersebut yang sedang bergolak.
"Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan mereka tahu akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini hari ini.
Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang sudah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana.
Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan.
KPT dilaporkan sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/
Demang nak tambah sikit: kalau balik dan kemudian menentang kerajaan, tak yah balik langsung pun ok jugak.
Tapi kalau balik kemudian berani menegur kerajaan dengan cara yang betul, memang Demang respect.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.