Cuba teka, gambar apa itu?
Itu lah air perahan epal hijau. Maaf lah, tak ramai rakyat Malaysia yang mampu minum air tu.
Oleh kerana belum bayar, maka Demang pun tak tahu harganya. Rasa-rasanya tak kurang RM2.50.
Rakyat Malaysia takkan mampu.
Mi goreng berkuah yang isteri Demang makan itu pun tak kurang RM3 sepiring rasanya.
Kalau ikut kajian Demang hanya 0.5 orang daripada setiap rakyat Malaysia yang mampu makan mi tersebut.
Dengan kata lain sepasang suami isteri di Malaysia hanya mampu membeli sepiring mi tersebut untuk dimakan secara berkongsi.
Dari manakah sumber kajian Demang? He he... Demang tak bergurau. Ada faktanya.
Begini:
Sejak beberapa tahun lalu semua pelajar di Malaysia diwajibkan menyertai skim insuran kelompok. Untuk itu pada setiap awal tahun mereka dikehendaki mencarum sebanyak RM1.50 (RINGGIT MALAYSIA SATU DAN SEN LIMA PULUH) untuk setahun. Diulangi; SETAHUN.
Namun pada tahun ini pihak sekolah telah diarahkan untuk tidak membuat pungutan kerana terdapat pihak yang mendakwa bahawa pungutan tersebut menyusahkan rakyat!
Agaknya pihak yang membantah itu berfikir bahawa ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai 200-300 orang anak yang bersekolah.
Ataupun mereka mengambil kira kemungkinan penyu, ikan, dan sotong pun akan menghantar anak mereka ke sekolah.
Ya lah. Kalau ada anak 450 orang didarab dengan RM1.50 sudah jadi berapa?
Maka puak-puak bengong itupun menggesa agar kerajaan yang mengeluarkan perbelanjaan insuran tersebut.
Dek kerana takut kalah dalam pilihanraya maka kerajaan pun bersetuju menghapuskan pungutan RM1.50 daripada ibu bapa sebaliknya kerajaan lah yang akan membiayai kesemuanya.
Elok lah tu. Rakyat jimat RM1.50 manakala kerajaan terpaksa 'larikan' budget sebanyak RM8,111,797.50 (5,407,865 orang ×RM1.50 = RM8,111,797.50).
Cuba bayangkan apakah yang boleh kita bina untuk rakyat dengan wang sebanyak itu?
Fikirkan jugak, kemana kah wang RM1.50 yang ada pada rakyat itu apabila mereka tidak perlu membayar polisi insuran untuk anak mereka untuk tahun ini?
Untuk makluman, dek kerana hasutan pembangkang tersebut semua murid masih belum mempunyai polisi insuran sehingga kini.
Betapa tinggi nilai RM1.50 pada tahun 2012!
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.