Demang cukup hairan dengan PAS yang terlalu percaya dengan budak FELDA tak sedar diri yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka.
Demang sendiri anak peneroka yang membesar di bawah terik mentari tanah Felda lantaran kurangnya pokok pelindung ketika di awal pembukaan tanah rancangan tersebut sekitar 1970an.
Demang merasai sendiri susah payah berjalan kaki merentas paya untuk ke sekolah dek kerana inginkan jalan pintas yang lebih dekat.
Demang dan kawan-kawan berendam dalam sungai, meredah belukar mengutip buah rotan dan menyusup di padang lalang kerana itulah sahaja keseronokan kami.
Hari ini, setelah lebih 30 tahun berlalu negara sudah mengalami terlalu banyak perubahan ekoran kemajuan pesat dunia.
Pertambahan penduduk dunia sekaligus meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah.
Justeru ini adalah satu kesempatan untuk Felda memasuki fasa baru dan merebut peluang yang ada.
Peluang bukan sekadar ditunggu bahkan perlu dicipta. Justeru Felda kini sedang melangkah ke persada antarabangsa membuka ladang-ladang di serata dunia seperti Myamar, Indonesia, India, sehingga ke Afrika.
Pengalaman Petronas menakluki dunia akan dituruti melalui sektor perladangan pula.
Namun kenapa usaha ini hendak disabotaj dengan pelbagai alasan negatif seolah kerajaan itu tidak ada kerja lain selain daripada hendak menipu peneroka? Apa untungnya Najib untuk menipu peneroka yang akan menjadi pengundi beliau?
Siapa yang pernah mengenali secara dekat Mazlan Aliman pasti tahu apa 'jasa' budak haprak itu di Felda dulu.
Busuk, bro!
posted from Bloggeroid
pembangkang ni bukan apa dengki tengok kejayaan kerajaan menerajui felda. felda di ilhamkan oleh kerajaan pemimpin dari kerajaan BN jd jangan sibuk2 nak merompak felda pulak. pembangkang ni kalau ada harta benda pun bukan tau nak jaga dan nak manage. tengok lah kt selangor lepas satu satu lingkup. di let go. ala cam kata pemimpin pembangkang sebelum ni tapi dah meninggal kalau hari ni kita dapat perintah esok putrajaya kita lelong. tak giler ke tu. penat2 buat pastu depa nak lelong. cam tu gak la dengan felda kalau dapt kat depa alamatnya kena lelong juga. jangan pulak lupa kalau depa dapat memerintah silap gaya malaysia hilang dari peta dunia. sebab depa kasi jual pada yahudi2 yang selama ini berhabis banyak duit menaja mereka. baik ke pr di mata kita. sendiri mau ingat la
ReplyDeleteKlu tak lelong camana nak byr utang pada yahudi?
ReplyDelete