Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Menang sorak kampung tergadai



Hari ini himpunan BERSIH 3.0 berlangsung di Dataran Merdeka.

Ia dipanggil BERSIH namun pengertiannya bergantung pada persepsi setiap orang.

Bagi DBKL BERSIH mungkin bermaksud tambahan tugas mereka bagi membersihkan sisa-sisa dan sampah sarap yang ditinggalkan para pendemo.

Bagi pemimpin tertentu BERSIH adalah platform bagi mempromosi diri dan meningkatkan tahap pencapaian individu.

Apa pula kepentingan Ambiga?

Demang tidak fikir Ambiga teringin sangat untuk menjadi ahli politik sepenuh masa. Dilihat pada penglibatannya selama ini, Ambiga lebih cenderung pada perjuangan kebebasan manusia.

KEBEBASAN sudah tentu ditanggapi secara berbeza bergantung pada latar belakang masing-masing.

Bagi ummat Islam, kebebasan ibarat layang-layang yang perlu ditambat dan dikawal. Panjang atau pendek tali yang dihulur perlu mengambil kira situasi semasa termasuk arah dan arus bayu yang sedang bertiup.

Faktor yang tidak kurang pentingnya dalam permainan layang-layang ialah pemain layang-layang itu sendiri. Hal ini termasuklah kewarasannya ketika itu.

Bagi orang yang terdesak, tindakan yang diambil tidak lagi mengambil kira keselamatan umum sebaliknya berdasarkan keperluan untuk terlepas daripada situasi semasa.

Hal ini samalah seperti seorang perompak yang sedang dikepung sekumpulan polis di dalam bank yang dirompaknya.

Ketika itu sang penjenayah akan melakukan apa sahaja termasuklah membunuh walaupun dia tahu hukuman bagi pembunuh ialah MATI!

Justeru kita patut berasa cuak dan curiga dengan penglibatan Anwar dalam demonstrasi BERSIH ini. Sebagai individu yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan dari pelbagai arah, Anwar ada alasan yang cukup kukuh untuk merampas kerajaan dan menguasai semua sistem.

Biarpun tiada bukti kukuh bahawa PM yang lepas-lepas mampu menguasai mahkamah dan lain-lain institusi bagi melepaskan diri daripada pertuduhan dan hukuman namun Anwar mungkin berfikir sebaliknya.

Sebenarnya strategi kebanyakan penjenayah mudah sahaja. Jika terdesak, lepaskan diri daripada situasi semasa terlebih dahulu manakala perkara seterusnya boleh difikir kemudian.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.