Semalam dua orang adik Demang datang ke Melaka. Kedua-duanya sudah tamat pengajian di sebuah kolej lebih kurang setahun yang lalu dan sudah bekerja.
Walaupun keputusan SPM mereka sederhana namun mereka berjaya menyambung pelajaran dengan dana PTPTN!
Yang seorang sudah berkereta (Pesona) manakala yang seorang lagi sedang menunggu gaji pertama hampir RM2K sebulan.
Mereka singgah di Melaka kerana diminta datang ke kolej bagi mengambil 'rebate' bayaran PTPTN sebagai hadiah memperolehi keputusan cemerlang.
Itu cerita 2012 yang berlaku sekarang.
Kira-kira 20 tahun lalu Demang selesai SPM dengan keputusan sederhana tapi rasanya lebih baik daripada kedua-dua adik Demang itu.
Demang memohon untuk menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Masa tu belum ada PTPTN. Jika ingin menyambung pelajaran perlu dapatkan biasiswa.
Mendapat biasiswa ibarat menemui harta karun. Ia bukan sahaja tidak dicukai bahkan langsung tidak perlu dibayar kembali.
Namun sebagaimana kata Demang tadi, menerima biasiswa ibarat bertemu harta karun. Hanya beberapa kerat sahaja yang berpeluang. Dalam sekolah Demang, calon SPM KIRA-KIRA 200 ORANG. Sekolah kami sekolah teramai di Pahang.
Berapa ramai yang dapat biasiswa? Tak lebih 10 orang!
Bagaimana dengan 190 orang lagi? Mereka menyambung 'pelajaran' di kilang, ladang sawit, kebun getah, dan sebagainya walaupun SPM Pangkat 1, 2, atau 3.
Demang memasuki tingkatan 6 dan mengambil STPM. Keputusan STPM sederhana dan sekali lagi tidak layak menerima biasiswa untuk memasuki universiti atau kolej.
TIDAK ADA SEORANG pun daripada 60 orang calon sekolah kami masuk universiti tahun itu walaupun ramai yang sebenarnya layak.
Semuanya kerana biasiswa amat terhad!
Demang dan 2 orang lagi rakan bernasib baik kerana diterima memasuki maktab perguruan dan keluar sebagai guru.
Selepas menjadi guru Demang cuba memohon biasiswa bagi menyambung pelajaran namun tidak berjaya. Hanya selepas 10 tahun barulah Demang memasuki universiti iaitu apabila PTPTN diperkenalkan.
Demang dapat pinjaman RM26K. Begitu juga isteri Demang yang sama-sama sepengajian.
Tamat pengajian Demang kembali bekerja dengan gred DG41 dan mula membayar kembali pinjaman sebanyak RM80 sebulan.
RM80 sebulan dipotong daripada gaji Demang. Banyak ke? Kerajaan bayar Demang lebih RM3K sebulan dan dipotong semula RM80!
Bagi Demang PTPTN adalah sistem terbaik yang kita pernah ada. Jika anda atau Anwar Ibrahim ada cadangan lain sila kemukakan.
Takkan lah nak berkongsi idea pun mesti kena jadi PM dulu?
Oh ya. Dua orang adik kembar Demang pula sudah selesai pengajian di universiti KL dalam bidang kemahiran. Dana? Yuran percuma dan dapat elaun setiap bulan. Sebelum itu mereka di kolej kemahiran dengan perbelanjaan 100% daripada kerajaan serta mendapat elaun bulanan.
Semuanya tak perlu dibayar.
Justeru sebelum buat tuduhan dan cadangan yang bukan-bukan sila dapatkan info apa yang kerajaan dah sediakan untuk pendidikan anak-anak kita. Jangan dek ghairah sokong pembangkang maka kita terlepas pandang peluang lain yang disediakan.
Lain lah jika anda kaya seperti orang cina yang mampu hantar anak ke kolej terbaik tanpa biasiswa. Mereka juga ada yayasan dan persatuan sesama mereka. Cuba lah anda mohon dana mereka jika dapat!
Itulah baiknya jika bangsa kaya raya.
Tahun ini putera Demang ke sekolah menengah. Dalam UPSR dia dapat 5A dan UPKK 8A disamping menjawat jawatan Ketua Murid tetapi gagal ke MRSM.
Tak apalah, kalau dia dapat maka adalah pelajar lain pula yang gagal mendapat tempat.
Kita tidak boleh dapat semua perkara serentak. Dalam ekonomi disebut sebagai kos melepas.
Kini dia di sekolah swasta dalam bidang tahfiz Ulul Albab, iaitu konsep yang diperkenalkan Tun Abdullah dan dikembangkan Idris Jusuh semasa beliau menjadi MB Terengganu.
Di Melaka, Zahid Hamidi menaungi sekolah tersebut dengan dana wakaf. Itulah kebaikannya apabila orang Islam berharta dan tidak lupa pada kebajikan.
Walaupun sekolah swasta namun bayaran cuma RM100 sebulan. Lihat www.imtiazmelaka.com.my.
Demang adalah blogger berwajah. Sila hubungi 0194402211 dan kita boleh berbual serta sahkan cerita ini. Atau boleh juga ke www.morhabshi.com kalau tak percaya.
Demang harap pengalaman Demang ini disebarkan untuk makluman seberapa ramai rakyat Malaysia. Demang nak orang lain tidak terlepas peluang yang ada.
Jangan menghentam tanpa memahami duduk perkara. Orang yang menghentam PTPTN kerana mereka ada agenda tersendiri. Kita tak usah lah terperangkap sehingga melepaskan apa yang kita ada.
Ramai yang menghentam PTPTN adalah penerima biasiswa yang kerana mereka lah Demang dan kawan-kawan tidak merasa ke universiti atau kolej selepas SPM.
Kini mereka sekali lagi mahu merampas peluang anak-anak kita.
Setujukah anda dengan mereka?
Assalam... memang benar apa yg dikatakan oleh saudara. Pembelajaran saya telah ditanggung oleh kerajaan ketika di ITM 1990-93. ketika itu yuran yang perlu dibayar kurang RM100/semester TETAPI malangnya terdapat rakan-rakan seperjuangan saya terperangkap dengan mainan KOTOR melayu2 BANGSAT..yg menghairankan mereka2 ini hidup senang tetapi dalam masa yang sama mereka LUPA pada usaha kerajaan yang lampau, bukan hanya ketika waktu persekolahan/univesiti tetapi hingga di alam pekerjaan yg mana ada yg bekerja di jabatan2 kerajaan atau GLC...amat menyedihkan!!
ReplyDeleteSalam. Tahniah demang.
ReplyDeleteNasib sy tak sebaik nasib demang.
SPM cukup2 makan, keputusan STPM pulak tak layak dpt biasiswa. PTPTN tak wujud lagi masa tu.
Akhirnya.. sy jadi pekerja kilang kat PJ.
Alhamdulillah setelah hampir 20 thn bekerja, kini sy selesa dgn hidup sy sekeluarga. Terima kasih kerajaan sbb menyediakan peluang pekerjaan pada kami yg kurang berpelajaran.
Alhamdulillah juga anak2 nampak berjaya dlm pelajaran. Hrp mereka dpt pijak kaki ke menara gading, memikul tanggung jwb menyambung hajad ayahanda yg tak kesampaian.
Dgn faktor kewangan yg seadanya ni, PTPTN shj jln yg ada. Jika dihapuskan, maka mereka perlu capai 11A+ utk bersaing merebut biasiswa atau mereka terpaksa meyerahkan tanggung jwb ini pada anak2 mereka pula.
Terharu dgn Jimmie & Org Kampung. Sama2 lah kita perbaiki dan lakukan penambahbaikan. Semoga anak2 kita mendpt yg lebih baik.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekau orang belajar aje tinggi, PR janji jika perintah nak hapuskan PTPTN dan gantikanya dengan biasiswa atau pinjaman tanpa faedah seperti yang ditawarkan oleh JPA pada suatu masa dulu.
hapusnya disini ialah mana2 graduate yg dah tamat belajar tu tak perlu bayar hutang ptptn mereka, dan yang nak sambung pelajaran tu boleh mohon biasiswa atau pinjaman. tanpa faedah tertakluk pada syarat. dari mana duit dana untuk tampung biasiswa atau pinjaman tu ialah melalui duit keuntungan petronas yang untung tiap tiap tahun lebih daripada rm 90 bilion.
Adakah tawaran ini tidak baik, orang bodoh aje kata tidak baik. soal tunai itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. kita rakyat hanya perlu beri mandat sahaja. jika bersetuju dengan tawaran tersebut. jika pihak BN rasa tergugat maka pihaknya perlulah menawarkan insentif yang lebih baik dari yang ditawarkan oleh PR.
sekian, harap ambil perhatian dan pikir dengan akal bukannya dgn kepala lutut.
wassalam
wah, bagusnya kepala hotak che awe. Semua benda nak guna duit petronas. Faham tak konsep kos melepas? Itu pasal la anwar pun tak buat masa dia jadi menteri kewangan dulu.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletekepada Cheguman, kawe kata duit petronas tu salah satu aje sumbernya, banyak lagi cara dan sumber yang boleh kerajaan manfaatkan seperti tiadanya kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan seperti penawaran tender yang boleh dimanupulasi kos perlaksanaannya melebihi yang sepatutnya, ini kerana yang berlaku pada projek2 kerajaan yang lepas ialah kerana berlakunya ketit=risan dan kebocoran didalam perlaksanaan sesuatu projek kerajaan itu, satu lagi ialah melalui penyemakan semula perjanjian dengan pembekal tenaga bebas(elektrik)-IPP, yang mana perjanjian tersebut kebanyakannya adalah perjanjian berat sebelah dan bebannya terpaksa ditanggung oleh rakyat. tak percaya
cuba tengok bil elektrik kita, dulu TNB tak naik bil kerajaaan tak setuju tetapi pada masa yang sama kadar penggunaan telah dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti, 200 kw pertama(0.218 sen), 100 kw yg kedua(0.334 sen),100 kw yg ketiga (0.40 sen),dimana setiap 100 kw mempunyai kadar yang berbeza kenapa tidak digunakan satu kadar sahaja.
Malah dalam bil terbaru yg saya terima ada pula tu caj sebanyak RM1.15 untuk tabung kumpulan tenaga boleh baharu - ini caj kepala hotak apa ni ?
Jadi kita rakyatnilah yang bodoh dan bangang selamanya ditipu hidup oleh sandiwara pemerintah.
insaflah saudara jika dibiarkan makin banyak lagi rakyat yang terpaksa tanggung bebannya.
oleh itu penjimatan dan penggunaan sumber-sumber kewangan untuk kebajikan rakyat tidak akan sesekali membangkrapkan negara tetapi jika kita biarkan penyamun, perompak dan penyangak yang menerajui negara kita maka jadilah negara kita seperti Greece hari ni. bangkrap kerana korupsi yang tidak terkawal oleh pemerintah. nak kah kita negara kita seperti itu ini kerana laporan odit menyatakan hanya tinggal 2% lagi negara kita akan menghampiran garisan untuk memasuki risiko kebangkrapan kerana perbelanjaan kerajaan hari ini adlah 53 % daripada KDNK negara yang mana akta Odit negara memberi garis had sempadan perbelanjaan tidak boleh lebih dari 55% dari KDNK negara. jadi saudara fikir2kanlah
wassalam
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya setuju dgn che awe. Tapi, adakah anwar dan kawan2nya tu mampu selesaikan? Kelmarin sy berbual dgn Dr Hadenan bekas ketua audit negara. Beliau pernah berkerja dgn 3 menteri kewangan: anwar, daim dan ku li. Daim terbaik. Ku li bagus. Anwar? Pening sebab dia selalu tukar2 keputusan yg dah dibuat. Saya boleh buktikan bahawa sy berbual sendiri dgn mantan ketua audit itu sambil minum teh bersama 3 org lagi slps majlis perasmian PIBG sekolah anak sy. Kami sekampung.
ReplyDelete