Apabila durian berpangsa maka labu pun teringin berpangsa juga. Sayangnya labu cuma nampak dari luar macam berpangsa tetapi jika dibelah, hanya terdapat isi yang nipis manakala perutnya lompong dengan biji kemetot terlekat jarang-jarang pada pulur yang miskin.
Namun labu sedap juga dibuat pengat atau kuih bingka. Orang Kedah sebut bingka sebagai bengkang manakala pengat dipanggil serawa.
Cuma jika dimakan terlalu banyak boleh mengundang kembung perut.
Fenomena labu ingin menjadi durian ini mudah ditemui di mana-mana. Dengan sedikit kebolehan menulis atau berucap, mereka dengan mudah menyelit dan menyorongkan diri ke depan agar mudah dilihat.
Golongan ini pandai memanipulasi isu agar orang ramai tertarik. Bahayanya, mereka tidak begitu mengambil berat soal implikasi buruk dan kesan negatif terhadap perjuangan perdana.
Kelmarin seorang lelaki yang tinggal di Bandar Tun Razak mengeluarkan kenyataan rambang bahawa terdapat 2000 orang polis yang menyamar sebagai perusuh dalam demonstrasi BERSIH.
Hanya bermodalkan pengalaman terserempak dengan seseorang yang dikenalinya sebagai anggota polis maka lelaki itu dapat memberikan anggaran jumlah polis yang menyamar secara keseluruhan.
Apa yang peliknya polis menyamar? Memanglah salah satu modus operandi mana-mana polis di dunia ini ialah melalui penyamaran!
Demang tidak kenal rapat dengan lelaki bernama Zaharin itu namun banyak kali terserempak dengannya dalam beberapa program politik dan media siber.
Maaf kerana Demang merujuk pada gantinama 'lelaki itu' sebab Demang tidak pasti hendak menggunakan istilah lain. Nak kata pemimpin UMNO, dah dibuang beberapa kali. Nak kata blogger, Demang lihat blognya dah bertahun tak dikemaskini.
Bagi Demang, golongan yang suka mencari publisiti murahan ini memang ada kalaupun tidak ramai.
Perlu diingat lelaki tersebut pernah 'menumpang alasan' yang membawa perletakan jawatan Paklah.
Malah, lelaki itu pernah mendakwa bahawa dialah penulis asal buku 50 dalil Anwar tidak boleh jadi PM.
Istilah menumpang alasan bermaksud menyibuk dan berlagak seolah memainkan peranan penting atas sesuatu kejadian.
Contohnya, "ketika melihat sebatang pokok tualang hendak tumbang maka Ramli meletakkan tangannya pada pokok tersebut dan memberitahu orang ramai bahawa dialah yang menumbangkan pokok itu."
Hantam saja lah labu...
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.