Tuesday, April 17, 2012

Pelajar mogok lapar pula



Demonstrasi membantah PTPTN pada Sabtu lalu bukan sahaja gagal malah menjadikan rakyat semakin meluat dan benci dengan pembangkang.

Seorang peniaga warung yang Demang kenali yang selama ini menyokong pembangkang menggeleng kepala menonton video yang memperlihatkan betapa biadapnya budak-budak muda tersebut.

"Kurang ajar!" kata lelaki berusia 40an yang sebelum ini sering berkempen untuk PAS.

Manakan tidak kurang ajar apabila perkara akidah dieksploitasi? Patutkah seseorang yang mengucap dua kalimah sahadah diperlaku seolah beliau seorang kafir (hindu)?

Ini sudah melangkaui garis sempadan yang tidak boleh diberi toleransi. Soal akidah bukan perkara main-main.

Akidah adalah hubungan manusia dengan Allah. Tiada manusia yang berhak mengatakan orang ini Islam dan orang itu tidak Islam apabila kedua-duanya mengakui Lailaha illallah dam Muhammad itu pesuruh Allah.

Soal akidah juga tidak boleh dilakonkan. Sebab itu seseorang Islam tidak boleh memegang watak seorang yang tidak percaya pada Allah.

Berita terbaru yang Demang terima terdapat pelajar yang mengugut untuk mogok lapar pula.

Mereka belajar dari mana tindakan mogok lapar ni?

Bagi Demang, berani buat berani tanggung. Mari kita sama-sama lihat berapa lama mereka sanggup berlapar?

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Haiyaa manyak panas maa..kipas tak henti2 di tangan... ambulan tunggu tepi jalan nak angkut bbebudak tuu.. perjuangan perlukan pengorbanan deq weyy ! adoyaiiii

    ReplyDelete
  2. Salam Cheguman,

    TENGOKlah pula siapa mahaguru mahaguru budak budak ni semua. SEBAB tu jadi macam ni. Yang Mogok lapar ni budaya mana pulak ni???

    ReplyDelete
  3. Biar dia orang mogok lapar,kalau mampus tak rugi pon,ada aku kisah.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.