Sebentar tadi Demang minum di sebuah warung tepi longkang di Bandar Hilir. Sebenarnya dah tak banyak warung begitu namun hakikatnya ia masih ada.
Sambil minum telinga Demang menangkap perbualan politik antara pemilik warung dengan seorang lelaki cina berumur 40an.
Nampaknya mereka berbual sambil merujuk sebuah akhbar politik yang Demang tak pasti namanya.
Ternyata persoalan yang mereka berdua bangkitkan yang sama-sama mereka setujui adalah isu yang telah dijelaskan banyak kali dengan fakta dan bukti.
Nak buat macamana, warung tepi longkang maka mentaliti pun tepi longkang juga lah gamaknya.
Samalah dengan Demang yang kadang-kadang menyusur tepi longkang bagi meninjau kalau-kalau ada longkang yang tersangkut atau tersumbat.
Apapun, maklumat tetap maklumat dan perlu kita cerna dan analisis bagi mencari kejernihan.
Kalau ikurkan hati mau saja Demang jawab persoalan bertaraf tepi longkang yang mereka utarakan namun Demang fikir tak ada gunanya berdebat di tepi longkang.
Maka Demang memberanikan diri bertanya pada lelaki cina itu:
"BN boleh menang ka kali ni?" tanya Demang.
"Menang. Memang boleh menang." jawabnya dengan nada kecewa. "Tapi tak banyak macam biasa la." tambahnya.
"MCA macamana?" tanya Demang lagi sambil mengerutkan dahi seolah risau dengan kemenangan BN.
"MCA tak ada suara. Sudah..." lelaki itu menunjuk aksi mulut di-zip atau di-gam.
Demang mengerutkan dahi seolah tidak faham.
"Ya la. Dalam BN semua UMNO yang berkuasa. MCA dengan MIC ikut saja." lelaki itu menjelaskan bersungguh-sungguh.
Demang diam sambil mengangguk-angguk perlahan. Sebentar kemudian Demang bangun, membayar harga minuman, dan berlalu dari situ.
Kali ini Demang tidak mahu buat apa-apa kesimpulan.
Bak kata Nabil; "lu pikir la sendiri."
posted from Bloggeroid
salam perjuangan tuan
ReplyDeletesaya ingin memohon tumpang berjuang dgn pautan di blog tuan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/
Harap pihak tuan sudi berjuang bersama-sama saya. Terima kasih
Bahasa kita bahasa mudah,
Bahasa cintakan perjuangan Agama Bangsa dan Negara
Wasalam...