Wednesday, May 9, 2012

Fahami Felda Global sebelum berbicara mengenainya


Hari ini Demang wajar berasa bangga kerana kampung Demang dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia.
Demang bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Demang fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi Demang, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.