"Salam. pls check this sms true or not. From last night sms go round to every indian. Berita terkini "ini bukan negara keling, ini negara melayu" reaksi YB Bk.Rambai, Hassan Rahman lalu kencing di dlm botol dan tuang pd gambar dato ambiga. Tahniah pada BN dan UMNO krn sudah buktikan projek 1MLYSIA. Jadi pd org cina dan india, soalannye "siape kita? "Fikirkan skrg sebelum terlambat. Pls fwd to all."
Sms di atas Demang terima semalam. Ia dikirim seorang sahabat di Pulau Pinang.
Maka Demang yang tinggal di Melaka berposak-posaklah menyiasat kebenaran khabar tersebut.
Demang menghubungi beberapa orang kenalan termasuk pengarah jabatan tertentu. Oleh kerana penyiasatan ini bersifat peribadi maka Demang tidak boleh siarkan kenyataan mereka di sini.
Maklumat yang Demang kira paling tepat dan lengkap Demang perolehi daripada seorang kenalan rapat yang menjadi ahli majlis daerah di kawasan berkenaan. Beliau juga seorang sarjana.
Menurut Dr tersebut sms tersebut merujuk pada satu program di Sungai Rambai, bukannya di Bukit Rambai. Jarak ke dua-dua lokasi agak jauh bagi sebuah negeri sebesar Melaka.
Bukit Rambai di Melaka Tengah menghala ke Alor Gajah manakala Sungai Rambai berada di sebelah selatan, bersempadan dengan Johor.
Dalam majlis berkenaan, Dato Hassan Rahman yang dikatakan 'kencing dalam botol' dan mengucapkan kata-kata kesat itu tidak pun berucap sebaliknya hanya hadir sebagai tetamu.
Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato Hassan Rahman sendiri dan siasatan sedang dibuat bagi mengenalpasti pihak yang menyebarkan khabar angin tersebut.
Yang pasti, khabar angin telah tersebar luas dan sudah mengguris perasaan masyarakat India.
Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini akibat fitnah tersebut, rakyat juga yang susah.
Pemuda PAS yang ada hubungan dengan DAP elok siasat perkara ini. Tegakkan lah kebenaran walaupun perit demi negara tercinta. Buktikan bahawa Pemuda PAS menolak sepenuhnya kempen bercampur fitnah. Berdiam diri bererti bersetuju dengan fitnah tersebut.
Ahli PAS tolong maklumkan isu ini pada pucuk pimpinan. Jika anda rasa sms tersebut mungkin permainan UMNO, buatlah laporan polis. Apa nak takut, bukan semua anggota polis, peguam, dan hakim yang menyokong kerajaan.
Komen aku satu je, jika fitnah berleluasa tunggu jelah kehancuran negara. So aku ingatkan kpd diri aku dan semua, jangan main api nanti terbakar jari. Kpd pihak plos tolong kesan dan bawa si pefitnah ni ke muka pengadilan
ReplyDeletesgt setuju.
ReplyDeleteYeah kalau BN buat salah cakap fitnah kalau orang pembangkang cakap betul kena penjara.. Podah orang hipocrit..
ReplyDelete