Beberapa hari ini Demang melipatgandakan penyiasatan tentang isu Felda tipu peneroka.
Bahan pertama yang Demang jumpa ialah dokumen sulit yang tersebar dalam internet yang menunjukkan peneroka dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah dengan pihak bank.
Malangnya dokumen yang dianggap rahsia besar oleh pembangkang itu hanya dokumen perjanjian biasa yang kita selalu tandatangan apabila membuat pinjaman dengan mana-mana bank.
Demang menghubungi beberapa orang peneroka, anak peneroka, pegawai Felda dan pengurus felda yang Demang kenal.
Demang sendiripun anak peneroka iaitu Felda Jengka 8. Anda anak peneroka mana? Takpe. Boleh masuk campur tapi jangan lebih-lebih!
Hasil siasatan peribadi tersebut (termasuk daripada ayah Demang sendiri) peneroka tidak langsung dipaksa untuk menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak bank.
Macamana ni? Takkan lah Mazlan Alimin menipu? Orang PAS takkan lah nak menipu.
Mazlan Aliman juga kata peneroka akan muflis akibat menanggung hutang kerana perjanjian tersebut.
Demang siasat lagi jumlah pinjaman (jika ada) yang perlu dibuat oleh peneroka bagi membeli saham Felda.
Rupa-rupanya peneroka diberi saham terbitan PERCUMA.
Apapun, jika peneroka perlu meminjam pada bank maka ia tidak lebih RM10K.
Peneroka mungkin perlu pinjam bank pun gara-gara Mazlan Alimin juga. Kalau ikut plan A, semua akan beres tanpa masalah.
Angkara beberapa orang peneroka yang memprotes maka Plan B terpaksa digunakan. Jika tidak, ia perlu menunggu proses mahkamah yang panjang dan banyak perkara tergendala.
Mazlan kata peneroka boleh muflis dan tergadai tanah 10 ekar akibat pinjaman bank.
Termenung sebentar Demang. Setakat ini Demang sudah membuat 9 kali pinjaman bank sejak 1991 melibatkan hampir satu juta (pinjaman peribadi, beli kereta, dan sebagainya).
Takkan lah pinjam RM10K pun boleh sampai bankrup?
Rata-rata peneroka berpendapatan RM4k ke atas setiap bulan. Banyak sangatkah ansuran bulanan untuk pinjaman RM10k itu (jika ada).
Pening Demang dibuatnya. Taknak percaya, yang menuduh tu orang PAS. Takkan lah orang PAS menipu.
Siapa tipu siapa sebenarnya? Felda tipu peneroka atau pembangkang yang tipu peneroka dan rakyat Malaysia?
Pandai juga budak Jengka 8ni,tak macam budak Mazlan Tu...hempuras!!!
ReplyDeleteHempuras... He he... Dah lama tak dengar istilah tu.
ReplyDeletemazlan tu ingat anak peneroka tak sekolah kot...ala setakat anak peneroka jengka 8 nie...penipuan
ReplyDeleteahli pas tersebut mudah ditelah dan disanggah!!!....pinjam frasa jap...hempuras!!!
aanak peneroka sg kemahal triang pahang menyokong anak peneroka jengka 8..ada sekor anak peneroka sg kemahal ni mcm HEMPURAS..keje cikgu mkn gaji dgn kerajaan tp perangai mcm mazlan..tiap kali solat jumaat pakai baju gmbar wali selipar n solat jumaat terbaru ni pkai baju BERshit pulak..HEMPURAS HAMPEHHH
ReplyDeletesetiap tempat mesti ada manusia bergenetik x cukup sifat.no wonder jd mcm tu..hehe
ReplyDeleteBiarkan hempuras terjun dengan hempuras-hempurasnya... He he
ReplyDelete