Monday, May 7, 2012

Ulama membunuh ulama dibunuh



Lain orang lain persepsi. Lain orang lain tujuan. Lain orang lain agenda.

- Walaupun semua mereka berkongsi alat dan idea yang sama.

BERSIH hanyalah alat. PILIHANRAYA cuma idea.

Kedua-duanya bukanlah agenda sebab agenda tersimpan rapi dalam sanubari pencatur.

PAS dengan PASnya, PKR dengan PKRnya. Jangan ingat DAP tu bodoh dan boleh dicucuk hidung. Agenda mereka lebih besar daripada yang kita sangka.

Khalifah di Andalusia dan sultan Melaka bukan lah bodoh sangat menyerahkan negara pada kafir. Situasi dalam negara sudah tidak terkawal ketika itu kerana ada orang dalam yang cuba mengambil alih kuasa.

Akhirnya dua-dua melepas! Yang merana: RAKYAT!

Apa nak dihairankan dengan pemberontakan. Adanya penentangan bukan bermaksud kerajaan itu lemah atau penentang itu baik. Sedangkan Saidina Usman dan Ali pun mati dibunuh pemberontak.

Apa nak dihairankan dengan ulama sebab ajaran sesat bukannya diketuai oleh orang jahil. Hampir semua ajaran sesat dipimpin individu yang amat tinggi ilmu agamanya.

Dalam zaman yang ummatnya pun teruk bagaimana boleh kita harapkan pemimpinnya sempurna? Zaman Rasulullah sudah berlalu. Khulafaurrasyidin pun dah tiada.

Kita cuma pengikut sunnah yang kadangkala lalai dan alpa. Justeru kita tidak perlu tamakkan kesempurnaan yang memang kita tidak mampu untuk menyentuhnya apalagi untuk memiliki.

Muhasabah sebentar, adakah kita sedang mengubah kerajaan atau sedang menterbalikkan nasib?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.