Friday, June 1, 2012

Lebuh raya tanpa tol di kelantan


Riuh rendah puak pembangkang dengan projek impian membina lebuhraya tanpa tol di Kelantan.

Jangan salah sangka, tanpa tol bukan bermakna percuma. Belum apa-apa lagi rakyat dah diminta menderma untuk pembinaan.

Kalau dah minta duit rakyat, apa beza dengan tol? Yang lawaknya, orang yang tak guna jalan tu pun kena bagi derma. Kalau tak bagi nanti dikata tak islamik dan tak sokong jihad.

Apabila siap nanti, bagaimana dengan kos penyelenggaraan?

Mungkin kita akan lihat kereta-kereta pemimpin pembangkang diparkir di tepi jalan sementara tuannya berpeluh-peluh menebas semak dan menampal jalan yang berlubang.

Jangan hairan jika nanti ada kotak yang diletakkan di beberapa lokasi untuk derma penyelenggaraan dan baik pulih lebuhraya.

Yang mereka terlepas pandang ialah dengan adanya lebuhraya bertol maka bertambahlah peluang pekerjaan.

3 comments:

  1. memang tanpa tol, tp ada 'PAW'. belum apa2 lg dh paw duit rakyat. mana nk datang dana, siang malam kerjanya ceramah...

    ReplyDelete
  2. TAkde tol..tp pam minyak tepi high way tu nnt manyak le budak bawak tin melo tu nnt..

    ReplyDelete
  3. Itu le pasal, usin... Depa ni harap semangat je...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.