KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.
Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.
"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."
kalau dh bodoh, buatlah cerita apapun, akhirnya akan terserlah jugak kebodohannya. lepas terkantoi bodoh, mb akan keluarkan pulak idea-idea bodoh utk cover bodoh. takde org cerdik ke kt pejabat mb selangor tu?
ReplyDeleteDia cuma pandai songlap ja..bab-bab lain dia memang bodoh dan sebab bodoh lah dia jadi MB supaya senang di cocok hidung. Dia lupa negeri Selangor ada raja lepas ni kita tengok lah mana dia nak letak muka.
ReplyDelete