Apabila takdir itu:
2+3=5;
4+2=6;
5+4=9;
Maka urusan insan pun menjadi senang
Yang berubah hanya angka
Formula tetap sama
Namun sesekali Tuhan mentakdirkan:
2+3=8;
4+2=1;
5+4=0;
Manusiapun bertanya;
Di mana keadilan tuhan?
Angka masih sama sedangkan formulanya kami tidak faham
Kukatakan begini:
Seorang soldadu ketawanan
Digiring ke tapak hukuman
Apa dayanya untuk melawan?
Sekeliling, askar lawan mengepung dengan muncung senapang.
Mahu melawan atau berlutut mohon keampunan?
Padahal si soldadu tidak salah apa-apa
Di negaranya, ia adalah perwira
Pekerjaannya mulia walau ia mungkin sekadar mencari makan
Tapi di sini ia digelar Si Celaka!
Dalam mimpi si soldadu
Dia bangkit melawan
Dikeluarkan semua hujah
Bahawa dirinya tidak bersalah
Bukankah:
2+3=5;
4+2=6;
5+4=9; ...?
Namun sebelum sempat dia sedar bahawa semua juri di situ tidak bermata dan bertelinga, kepalanya telah hancur ditembusi ratusan peluru!
Sang soldadu mengadah:
"aku mengalah dan berserah. Kalian berkuasa ke atasku sekarang. Aku mohon nyawaku
Maka si tawanan diberi persalinan
Ditukar identiti daripada askar menjadi awam
Diberi kehidupan baru
Dan baktinya kini pada tuan yang baru
Itulah takdirnya yang baru.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.