"Apa yang kamu lihat pagi ini?" tanya cikgu Azman pada murid-muridnya.
"Kereta." Ali memulakan
"Bas kata," Abu.
"Lori," kata Zarin.
"Lori sampah," kata Ah Chong.
"Lori buah," kata Mutu.
"Lipas," kata Ali lagi.
"Semut," kata Salmah.
"Semut merah", kata Ravi.
"Semut api," kata David.
"Semut hitam," kata Aziz.
"Awan," Ali menambah.
"Langit," kata Vincent.
"Angin," kata Bala.
Semua murid ketawa dan Bala terpinga-pinga.
Demang percaya ramai yang tahu tentang 'berfikir di luar kotak' namun Demang juga percaya ramai yang hanya tahu sahaja tetapi tidak mampu mempraktikkannya.
Kebanyakan dari kita lebih gemar mengikut arus tetapi sukakan kelainan yang dicetuskan orang lain.
Dengan kata lain, kita lebih cenderung menjadi pengikut.
Demang fikir itu adalah normal dan Demang percaya barangkali memang Allah taala jadikan manusia begitu.
Orang yang mampu berfikir 'lain dari yang lain' tidak ramai. Samada ia diperolehi melalui ilmu atau semulajadi ia tetap satu anugerah yang kemudiannya menjadi satu amanah.
Perlu diingat bahawa orang yang mampu berfikir di luar kotak juga bukan semuanya baik. Bahkan jika dia tersepit atau menyimpan sesuatu hasrat atau dendam maka dia akan menggunakan keistimewaannya itu dan mampu membuatkan orang ramai menyebelahinya.
Jika itu berlaku, maka malanglah orang ramai dan lebih malang lagi jika ia menimpa sebuah negara.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.